Monday, 17 September 2012

Itu yang Patut pucuk pimpinan BN buat untuk PRU 13 Dan seterusnya.....

Menangi hati mahasiswa

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Kumpulan proaspirasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu mempunyai keyakinan untuk memenangi hati mahasiswa pada pilihan raya kampus yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, semangat kemenangan dalam kalangan mereka perlu, agar tidak menjadi mangsa serangan psikologi pihak berkepentingan yang mempengaruhi mahasiswa di universiti.

"Mereka (proaspirasi) mesti ada semangat dan keyakinan untuk menang pilihan raya kampus kali ini. Jangan jadi mangsa pada serangan-serangan pihak lawan hingga hilang keyakinan dan lemah," katanya di sini hari ini.

Mohd. Shahar berkata, bagi memastikan kemenangan tersebut, calon proaspirasi yang bertanding bagi tiket fakulti dan umum perlu sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya dengan mengukuhkan barisan kepimpinan melalui manifesto ke arah membawa perubahan kepada universiti.

No comments:

Post a Comment