BLOGGER SEKUPANG DUA MEMBERI TEMPOH 24 JAM SAJA KEPADA AHLI PARLIMEN TAIPING..
Isu PEMBERIAN KONTRAK BAJU LONG SUITE , Syarikat yang dimiliki isteri Ahli Parlimen DAP iaitu Nga Kor Ming telah di putarkan semula oleh Ahli Parimen tersebut!!
Sehubungan dengan isu itu, Blogger Sekupang Dua a.k.a Bro Pian telah membuat satu kenyataan media tergempar dengan MENAFIKAN sekeras-kerasnya bahawa beliau telah menarik balik kenyataan serta telah MENGAKU BERSALAH terhadap isu itu.
Dalam kenyataan beliau pada sidang media tersebut memetik "Saya dalam mana-mana masa tidak pernah MENGAKU SALAH serta MENARIK BALIK kenyataan saya. Saya percaya YB Nga terlibat dalam salahguna kuasa dalam pemberian kontrak berkenaan"
Jelaslah disini, Ahli Parlimen Taiping dari DAP itu telah memutar belitkan fakta yang sebenar. Seperti biasa sikap tidak bertanggungjawab pemimpin pembangkang itu diserlahkan..
Disini Minah paparkan KENYATAAN MEDIA DARI PEGUAM NGA KOR MING .
Blogger UMNO tarik balik segala kenyataan fitnah & beri aku janji kepada Mahkamah tidak mengulangi dakwaan salahgunakuasa lagi
(Ipoh 12-9-12)
Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.
Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.
Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah
Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.
Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “ penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.
Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.
Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia.
Siap keluar statement ni pulak tu..
Dear my friends, all of u can do a lot of things & be part of the team. It will make a difference!
First, help to "Share" and "Like" our contents in Facebook or other social networking to create viral spread of information.
Get all your friends to join Nga Kor Ming Fans Page at http://facebook.com/davidngakorming
Help to post or publish our contents in Forum (Cari,Lowyat,JBtalk etc) or your own website.
Link our website "http://www.ngakorming.com/bm" to your blog/website/social networking.
Mobilize all your friends & relatives to register as voters and vote against BN.
Join DAP as members and subscribe to The Rockets to help disseminating info.
Take out the responsibility to put your thought for alternative media etc.
In short, there is a will, there is a way. Thanks!
Nga Kor Ming
Ni Statement sebenarnya yang Pian a.k.a Sekupang Dua tunjuk kat Minah...
SEKUPANG DUA TAMPIL UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA BELIAU
Dua hari lepas (13 September 2012) Bro Pian a.k.a Sekupang Dua bersama laywer beliau serta rakan-rakan PCT tampil di Restoran Hainan Chicken Rice Ipoh di sidang akhbar untuk membersihkan nama beliau. Ni kenyataannya...
BRO Pian bagi kat si Nga Kor Ming a.k.a Komeng masa 24 jam untuk membetulkan statement beliau. Tapi sehingga kini minah difahamkan masih belum mendapat sebarang berita dari pihak sana. So, apa lagi, buat la saman balik... Minah sentiasa sokong bro. Berani kerana benar bro...
No comments:
Post a Comment