Tuesday, 20 November 2012

Antara Doa Org PAS yg dah dimakbulkan...

Lagi 10 sekeluarga penyokong tegar PAS sertai UMNO

Lagi Keluar parti selepas PAS DOA Kan kepada UMNO 10 sekeluarga penyokong tegar PAS menyertai UMNO di Pasir Puteh.Ini Tamparan hebat bagi PAS....
 
PASIR PUTEH: Sepuluh orang dari sebuah keluarga di Kampung Tok Khamis di sini yang selama ini penyokong tegar PAS, bertindak keluar parti kerana percaya PAS sudah menyeleweng daripada dasar perjuangan Islam.Ketua keluarga itu Mohd Norudin Saman, 60, berkata kesemua mereka akan menyertai Umno dan menyokong calon Umno pada pilihan raya umum akan datang."Saya sudah menyertai PAS lebih 40 tahun kerana percaya parti itu untuk menegakkan negara Islam," katanya ketika berjumpa Ketua Umno Pasir Puteh Zawawi Othman di kampung itu, hari ini.


Katanya PAS kini sudah tersasar jauh daripada perjuangan asal apabila mahu mewujudkan negara berkebajikan serta bersekongkol dengan DAP yang ternyata anti-Islam.Beliau juga kecewa dengan tindakan terbaru PAS yang mendoakan agar Allah memusnahkan sesama Islam (Umno) kerana perbuatan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh mengundang perpecahan ummah.Mohd Norudin turut menyeru anggota PAS berfikir dan kembali ke pangkal jalan dan bersatu dalam satu ummah iaitu Umno yang sudah ternyata banyak berjasa kepada bangsa dan agama.

Pada malam Jumaat lepas, PAS mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur.

Antara kandungan doa yang dibaca adik kepada Mursyidul Am PAS itu, Nik Razi Nik Mat itu ialah meminta Umno dan Barisan Nasional dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati dan dipermudahkan pembangkang.

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN...

Naik gred secara automatik diperluas: KSN 

 
Datuk Seri Dr Ali Hamsa bersalaman dengan penjawat awam di INTAN, semalam

Kluang: Seramai 1.42 juta kakitangan awam berpeluang menikmati kenaikan gred tanpa temu duga berikutan cadangan kerajaan memperluaskan kenaikan gred secara automatik.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata cadangan menaikkan gred berdasarkan ‘time base’ itu sedang diteliti sebelum dilaksanakan untuk semua sektor awam.

"Cadangan ini sedang dikaji dan kita akan perkenalkan secara menyeluruh selepas semua kekangan terutama dari segi perbelanjaan dikaji sepenuhnya. Kita kena ambil kira hasil dan perbelanjaan negara,” katanya.


Beliau berkata pihaknya perlu menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

"Suruhanjaya khas itu sedang mengkaji cadangan berkenaan dan akan menyerahkan laporan mengenai skim kerajaan serta perkhidmatan awam pada 31 Disember nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Majlis Amanat dan Sesi Interaksi bersama Penjawat Awam Daerah Kluang, di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan, di sini semalam.

Sebelum ini, hanya penjawat awam di sektor pendidikan dan kesihatan menikmati kenaikan gred berdasarkan time base tanpa perlu menghadiri temu duga. 

Sumber : Berita Harian

* Alhamdulillah.. Kita tunggu je la ye....

AZHAR SULAIMAN EXPLAIN ISU MURTAD. BACA BETUL-BETUL...



Shah Alam -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."
Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.






"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.

Sumber : Sinar Harian

* Sebenarnya bro Azhar ni perli Pok Nik. Ye la.. Sesuka hati Pok Nik je kata org UMNO murtad. Kalau kita ingat balik, dulu pun Pok Nik pernah kata UMNO ni kafir. So, x salah la kalau bro Azhar Sulaiman keluar statement mcm tu... Minah faham niat bro Azhar Sulaiman. Bro ni nak sedarkan Pok Nik. Tu la Pok Nik. Keluar statement ikut sedap mulut je.Lain kali, fikir dulu sebelum bercakap. Terlajak bot boleh reverse, terlajak kata, buruk padahnya. Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa.. Fikir2kanlah wahai Pok Nik....

"Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut..."- Tun Mahathir


Hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pakatan pembangkang memerintah tercapai, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata jawatan itu patut diberi kepada Pengerusi DAP Karpal Singh."Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak jadi PM juga."Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang...patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat...bila pencen dapat Tun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di PWTC, Selasa.


Ditanya mengapa DAP pula mahu Anwar menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata parti itu mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu di negara ini.

Bernama melaporkan Dr Mahathir bagaimanapun meminta penyokong Anwar supaya tidak telalu taksub dan fanatik tetapi menggunakan akal untuk menimbang segala perbuatan yang dilakukan pemimpin mereka itu.
"Kalau tanpa mengambil kira apa yang pemimpin buat, ia akan merosakkan negara," tegasnya.

JOM KITA CERGASKAN DIRI

Korang mesti nak tau kan cara Minah nak kekalkan kecergasan dan stamina. Nak tau rahsia minah? Ni rahsianya...


Nilah cara Minah menjaga kesihatan dan mengekalkan kecergasan. Minah pilih gym sbb bg minah ni salah satu cara yang more effective untuk mengekalkan kecergasan n stamina, disamping tu akan menurunkan berat badan. Kat gym, macam2 kita boleh buat. contohnya macam gambar kat atas ni. 

Selain tu, kita boleh jugak guna peralatan lain mcm gambar kat bawah ni..


Bagi yang suka jogging, tp malas nak keluar, (almaklum la. skrg kan musim hujan) kita boleh guna peralatan macam gambar ni...


Pendek kata, macam-macam ada kat gym. tapi satu je Minah nak ingatkan, pemakanan pun kena jaga jugak. Sebab pemakanan jugak berperanan dalam meningkatkan kecergasan kita... so, jom kita cergas diri....
 

JOM KITA MAKAN...


Kalau korang nak tau. Minah memang hantu coklat. Especially Extra Moist Chocolate cake. Pergh.. mmg menjilat jari. Oh ya.. Kalau korang nak dapatkan kek ni, link ke http://anakjatimalaya93.blogspot.com/2012/11/coklat-moist-kek-sedap-gilerrrr.html.  

Nanti korang boleh dpt contact number dealer kek ni... Jemput Makan semua....

Monday, 19 November 2012

KORANG SEDAR TAK?

Hak Orang Melayu Bebas Beragama: Nurul Izzah Menyemarakkan Agenda IFC


Sama ada secara sedar atau sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.

IFC adalah lanjutan daripada IRC, matlamat dan tujuan penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan agama lain.

Dengan kata mudah sekiranya IFC dibenarkan bebas bergerak, maka peranannya akan setara dengan SUHAKAM. Bezanya, IFC akan mencampuri urusan agama khasnya Islam, manakala SUHAKAM memantau aduan berkaitan hak kemanusiaan.

Apabila anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu menyatakan persetujuan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhadap kepada orang bukan Melayu sahaja sebaliknya perlu juga meliputi orang Melayu, jelas sejelasnya ada persamaan dengan perjuangan IFC.

Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai mungkin sahaja tidak kisah pandangannya begitu berbahaya kepada akidah umat Islam sementelah lagi diakuinya sendiri yang beliau sudah terbiasa belajar di Sekolah Kristian Assunta di Petaling Jaya.

Namun, bagi orang Melayu yang agamanya wajib berakidahkan Islam sebagaimana disebut oleh Perlembagaan Negara dalam Artikel 160 (2), tetap sama sekali tidak dapat menerima pandangan serba liberal yang kini sedang meracuni fikiran anak perempuan Anwar Ibrahim itu.

Wan Azizah sebagai ibunya mungkin boleh terus bermain dengan sentimen air mata biawak sekalipun, hakikatnya ia tidak dapat menyembunyikan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu sudah seumpama cubaan menyemarakkan kembali agenda IFC.

Klik untuk cerita selanjutnya...

Sama ada secara sedar atau sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.
IFC adalah lanjutan daripada IRC, matlamat dan tujuan penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan agama lain.


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2012/11/hak-orang-melayu-bebas-beragama-nurul.html#ixzz2CkNDoxFi