Hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi
perdana menteri sekiranya cita-cita pakatan pembangkang memerintah
tercapai, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.Bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata jawatan itu patut
diberi kepada Pengerusi DAP Karpal Singh."Belum jadi kerajaan sudah
berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar
(Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak
jadi PM juga."Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang...patut bagi
Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat...bila
pencen dapat Tun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung
Bantuan Kecemasan Gaza di PWTC, Selasa.
Ditanya mengapa DAP pula mahu Anwar menjadi perdana menteri, Dr Mahathir
berkata parti itu mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu
di negara ini.
Bernama melaporkan Dr Mahathir bagaimanapun meminta penyokong Anwar supaya tidak telalu taksub dan fanatik tetapi menggunakan akal untuk menimbang segala perbuatan yang dilakukan pemimpin mereka itu.
"Kalau tanpa mengambil kira apa yang pemimpin buat, ia akan merosakkan negara," tegasnya.

No comments:
Post a Comment