PANDAI2 LA JAWAB IYE...
40 soalan maut isu Taman Manggis untuk kerajaan DAP !!
Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyediakan 40 soalan berkaitan
penjualan tanah rakyat miskin PPR Taman Manggis fasa 2 untuk dijawab
serta diberikan penjelasan oleh kerajaan negeri.
Ketuanya, Syaik Hussain Mydin berkata pihaknya akan mengemukakan soalan
berkenaan satu persatu agar segala keraguan yang timbul dapat diketahui
oleh rakyat Pulau Pinang.
“Kita telah menyediakan 40 soalan berkenaan Penjualan tanah rakyat
miskin PPR Taman Manggis fasa 2 dan akan mengemukakan persoalan
tersebut sedikit demi sedikit sehingga Ketua Menteri, Lim Guan Eng
menjawabnya.
“Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin mengingatkan Guan Eng agar jangan cuba
mengalihkan isu pokok dan menimbulkan perkara remeh dalam isu penjualan
tanah PPR milik rakyat miskin dalam pembangunan taman manggis fasa 2
seperti yang dimaklumkan oleh sdr Teng Chow Yeow tempoh hari.
“Masih terdapat pelbagai kemusykilan dalam isu Taman Manggis yang masih
belum terjawab oleh pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya
dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Syaikh Hussain seterusnya menambah isu utama tender tersebut yang
kononnya tender terbuka masih menjadi keraguan.
“Ini adalah kerana bagaimana mungkin tender untuk cadangan pembinaan
dan pengurusan pusat perubatan pakar boleh ditawarkan kepada KLIDC pada
peringkat tender tetapi KLIDC pula telah dapat mengemukakan pelan
kebenaran merancang no rujukan MPPP/OSC/PM(1582)/11 dengan 1 blok
bangunan 30 tingkat yang merangkumi 19 tingkat hotel di atas pusat
perubatan pakar.
“Persoalan yang timbul di sebalik tawaran kepada KLIDC adalah bagaimana
pembangunan hotel dapat dilaksanakan ditapak yang mana tender tersebut
hanya untuk pusat perubatan pakar. Sudah pasti penender yang lain tidak
dapat menyaingi harga yang ditawarkan oleh KLIDC kerana kebenaran untuk
membina hotel tidak disebut dalam tender tersebut.
“Bagaimanakah tender pusat perubatan pakar bersama hospital dapat
ditawarkan kepada KLIDC berdasarkan tender pusat pakar perubatan sahaja.
Bukankah terdapat unsur penyalahgunaan kuasa timbul apabila KLIDC
dibenarkan membina hotel diatas hospital,“ katanya.
Kata beliau lagi masih terdapat pelbagai keraguan lain dalam isu Taman
Manggis, namun begitu Pemuda Pulau Pinang mahu Lim Guan Eng yang
memegang amanah sebagai Exco Tanah dan bertanggungjawab sepenuhnya
sebagai Ketua Menteri dapat memperjelaskan perkara ini dengan Cekap,
Telus dan Akauntabiliti.
“Jika Guan Eng tidak menjawab isu ini maka terbuktilah bahawa kerajaan
negeri DAP Tidak Telus, Tidak Cekap dan Tidak Boleh Dipercayai yakni
tiada Akauntabiliti”, ujarnya.
Sumber:MediaUMNO
No comments:
Post a Comment