Tuesday, 20 November 2012

THE QUESTION IS....

Mengapa Ostazah Abby tak dijemput program amal ini ??

Agak terkejut jugak apabila nama Ostazah Ebby tercicir daripada senarai artis yang akan melakukan kerja-kerja amal mengutip derma untuk rakyat Palestin di Gaza .

Sewajarnya beliau patut dijemput kerana dia antara  artis yang paling hebat berjuang untuk Islam. Setiap hari tweet dengan berkongsi ilmu agama untuk politik   untuk followernya ..

Sayang sekali namanya dipinggirkan dalam kerja -kerja amal untuk bantu umat Islam di Gaza ini. Mungkin disebabkan beliau banyak dilihat terlibat politik  parti kesayangannya , jadi penganjur takut nak panggil agaknya ..haha



Kira - kira 10 orang artis akan melakukan kerja amal untuk mengutip derma bagi membantu rakyat palestine yang menderita akibat serangan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis terhadap negara itu. 

 Anggota jawatankuasa penganjur acara berkenaan, Sam Samin berkata, kutipan itu akan diadakan selama dua jam bermula pukul 4.30 petang pada Rabu (esok) di perkarangan pusat membeli belah Pavillion, Bukit Bintang dekat sini. Antara artis yang bakal terlibat ialah Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Diana Amir, Noryn Aziz dan Salima (AF). 

 Turut mengesakan untuk menyertainya ialah Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Ainul Aisyah dan Ayu Damit. 

"Pihak kami amat berharap orang ramai dapat sama - sama menghulurkan sumbangan seikhlas mungkin bagi membantu rakyat Palestin yang menderita. 

Mudah - mudahan sumbangan ini akan mendapat ganjaran daripada Allah," katanya. 

 Menurut Sam, artis - artis tersebut sanggup mengetepikan populariti masing - masing kerana ingin memberi sokongan terhadap rakyat Palestin disamping memupuk perasaan sayang sesama insan.

 Katanya, sumbangan yang dikumpul daripada kutipan itu akan disalurkan melalui Aman Palestin yang ditubuhkan Kerajaan. - SUMBER

No comments:

Post a Comment