Digi Menyokong Program² Anwar?
Lebih
1,000 orang masyarakat India hadir menyambut Anwar Ibrahim ke Jalan
Tengku Kelana, "The Little India" Klang, sabtu lepas semperna sambutan
perayaan Deepavali. Sebelum itu Anwar Ibrahim juga sempat memberikan
tazkirah di Masjid Kg Teluk Menegun, Kg Jawa Klang. Selepas ini kalau
Masjid Kg Teluk Menegun dan Jalan Tengku Kelana dilanda banjir, maka
kita tahu apa sebabnya.
Kelihatan menyambut Anwar Ibrahim adalah Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Seperti kebiasaan di dalam ceramah-ceramah Anwar Ibrahim, beliau menekankan bahawa Barisan Nasional menindas Masyarakat India. Minah tertanya-tanya mungkin sebab penindasan itu, masyarakat India semakin berjaya di Malaysia dalam bidang korporat dan sektor pekerjaan yang lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya. Malah ramai juga tokoh-tokoh jutawan yang berjaya dilahirkan seperti Ananda Krishnan dan sebagainya.
Di pentas utama tempat Anwar Ibrahim berucap, seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas, kelihatan jelas penaja utama iaitu DiGi. Persoalannya, adakah DiGi menaja lawatan Anwar ke Klang? Mungkin yang bertanya apa salah DiGi ingin menaja Anwar Ibrahim? Memang tak salah. Cuma mungkin jutaan ahli komponen Barisan Nasional boleh menimbang kembali untuk memberikan sokongan dan menggunakan produk DiGi. Kuasa pengguna penting!

Fuh.. Nasib Baik la Minah dah terminate Line DiGi......
No comments:
Post a Comment