Wednesday, 7 November 2012

KHAS UNTUK INSAN YANG BERGELAR PEMIMPIN....

Jika Pemimpin Melayu Berterusan Mengalah.... Satu Hari Nanti Orang Melayu Akan Memberontak !

Go for merit, throw away the tongkat, do away with the quota system, encourage competition on level playing field, aotomatically quality consciousness would be promoted and cultivated!!! 

Diatas adalah satu komen yang saya baca di TMI dalam artikel Najib yang menyeru usahawan Bumiputera kearah  Kualiti bukan Kuantiti. Cadangnya nak komen artikel itu tapi saya fikir komen ringkas diatas lebih sesuai dibincangkan kerana saya percaya ia ditulis oleh orang cina dan pandangan sama turut dikongsi oleh kaumnya dan sesetengah Melayu Liberal.

Amalkan Merit, Buang tongkat, Hapuskan Kuota, Galakkan persaingan Samarata dan secara otomatik kesedaran pentingnya kualiti akan tumbuh.

Kenapa Tongkat atau Dasar2 Affirmatif Kerajaan itu dilihat oleh cina sebagai menyumbang kearah Persaingan Tidak Rata ? Kita pula melihat keadaan yang sediada TIDAK RATA dan kewujudan tongkat itu sebagai salah satu cara untuk mengimbangi keadaan itu. Bagi kita, TONGKAT itulah yang menwujudkan persaingan kerana tanpanya,langsung tidak wujud persaingan !

Tak usah ceritalah SAMARATA..... kehadiran tongkat itu sendiri tidak mampu samaratakan keadaan. 

Kenapa cina masih bising lagi tentang Kuota ? Mereka sedar atau tidak berapa kuota pegangan kaum mereka dalam ekonomi negara ? Kuota yang disasarkan sebanyak 30% itupun sudah dilanggar mereka, Kuota apa pula yang mereka sibukkan ?

Negara kita masih amalkan Kuota kah ? Jika ada, berapa % ?

Inilah isu utama yang menjadi masalah utama sosioekonomi negara kita dan secara langsung menjejaskan usaha kearah perpaduan rakyat ( selain dari isu bahasa kebangsaan ). Kaum Melayu dan bukan Melayu punya pemahaman yang berbeza tentang Tongkat dan Kuota serta fungsinya. ( Secara ringkasnya saya sebut sebagai DEB )

Duluuuuuuu ... saya fikirkan orang cina yang diwakili oleh Mca dan Gerakan, mereka ini  faham akan maksud dan tujuan DEB makanya mereka menyertai BN. Berbeza dengan Dap yang mewakili cina kiasu yang lebih mementingkan kumpul harta dan dominasi cina.

Itu duluuuuuuuu la, sekarang ? Sekarang saya lihat mereka semua sama saja. Dua-dua pun tak faham apa itu DEB. Yang bezakan cuma Mca dalam kerajaan dan Dap diluar kerajaan. Dap menuntut secara serangan sementara Mca pula menuntut dalam memujuk. 

Cuma akhir2 ini cara agresif dilihat lebih mendatang hasil bila kerajaan semakin lemah dan mudah tunduk makanya Dap semakin menjadi pilihan dikalangan orang cina. Dan juga kenapa Chua Soi Lek juga menjadi semakin agresif mempertikaikan DEB supaya Mca kekal relevan.

SAMPAI BILA ? Apakah ada usaha kerajaan kearah memahamkan mereka akan DEB ? Pernahkah kita dengar mana-mana pemimpin cina yang berusaha memberi penjelasan kepada kaum mereka akan DEB ? Tidak ada kan...

Apatah lagi bila sekolah cina dimanjakan....... SERIUSLI LA , APAKAH SEMUA INI AKAN LEBIH MEMAHAMKAN GENERASI AKAN DATANG KAUM CINA AKAN DEB ?

Saya cuma nampak masadepan yang gelap dalam konteks Perpaduan rakyat berbilang kaum negara kita. Baik BN yang terus memerintah maupun jika ditakdirkan PR mengambilalih.

Melayu dalam PR hanya menjanjikan Samarata tanpa benar2 memikirkan implikasi jangkapanjangnya. Mata mereka hanya melihat KUASA POLITIK semata2 dan mengelak untuk membicarakan soal agihan ekonomi antara kaum secara serius.

Pemimpin Melayu semakin beralah kepada tuntutan cina dek perebutan kuasa sesama kita. Ramai yang tidak sedar dan buat2 tidak nampak kerana beranggapan masa masih panjang dan mereka akan perbetulkan keadaan SELEPAS mendapat kuasa kelak. Bagaimana jika keputusan PRU13 dan PRU seterusnya tetap tidak memberi kelebihan 2/3 kepada Melayu ? Apakah Melayu akan berterusan mengalah ?

Orang Melayu secara umumnya akan memberontak satu hari nanti jika keadaan ini tidak diberi perhatian ...... percayalah.

Bukan saja orang Melayu yang cepat lupa, orang cina juga cepat lupa akan sejarah ......

No comments:

Post a Comment