Tuesday, 20 November 2012

BELUM APA-APA LAGI UDAH GADUH,,,,

DAP, PKR DAN PAS HANTAR MEMO BERASINGAN SIAPA CALON PM KEPADA AGONG

Kahwin pun belum sudah bergaduh untuk menentukan berapa orang anak dia nak. Bakal isteri kata nak 4, bakal suami pula nak 8.

Belum pun kahwin dah bergaduh untuk menentukan samada nak sewa rumah atau nak duduk rumah mak mertua.

Belum pun mengandung dan beranak sudah bergaduh laki bini untuk menentukan siapa dan ciri menantu yang manakah yang paling sesuai untuk dijadikan menantu.

Belum pun pergi sudah bincang macam mana dan bila mahu balik.

Belum mati lagi pun sudah mahu "chup-chup" tanah kubur dan batu nisan yang sesuai untuk mereka.

Belum tahu pun lagi samada dapat masuk syurga atau neraka sudah mahu "claim" duduk di syurga firdaus dan sudah mahu tentukan senarai dan jenis bidadari yang mereka mahu mengikut citarasa mereka.

Inilah kisah dan ragam yang sedang berlaku di antara para pemimpin pakatan pembangkang. Belum pun tahu bila PRU13, jauh sekali dari mengetahui siapa pemenang PRU13, pakatan pembangkang sudah hiruk-pikuk bergaduh untuk menentukan siapa bakal PM pakatan mereka.

Memang dasar suka mendahului ketentuan tuhan betullah perangai mereka ni.

Mereka mahu "dictate" bagaimana Allah harus "berkehendak" dan "menetapkan" sesuatu takdir yang bakal terjadi. Allah wajib menentukan "takdir" yang bakal berlaku mengikut citarasa dan kehendak mereka. Allah mesti akur dan jangan macam-macam.


No comments:

Post a Comment