PAU 2012 - Inilah Masanya Orang Melayu BERSUARA !
AGM Umno bahas 476 usul - Bernama laporkan Hisham jadi Pengerusi Jawatankuasa Usul dan katanya TIADA usul ditolak.
Hishammuddin berkata perhimpunan itu dilihat sebagai cara terbaik untuk mendekatkan parti kepada golongan sasar secara lebih menyeluruh dan persediaan dilakukan lebih awal bagi memastikan perwakilan dapat menyampaikan mesej kerajaan dengan jelas.
Dua point utama saya dapat dari artikel diatas - pertama TIADA usul ditolak - 476 usul ! Banyak tuh .... Jika itu adalah kesemua usul2 dari akar umbi Umno tanpa satu pun ditolak, maka saya kira kita patut beri perhatian kepada ucapan2 perwakilan PAU kali ini.
Apakah yang menjadi keutamaan Umno sekarang ? Kemana halatuju Umno dalam menjaga kepentingan Melayu ? Bagaimana Umno mahu menjaga hak Melayu dalam keadaan Presidennya sibuk nak jaga hati kaum lain ? Apakah akan ada peringatan kepada kepimpinan Umno supaya JANGAN LUPA akan matlamat asal penubuhannya atau matlamat itu juga akan mengalami proses Transformasi ?
Apakah ada ahli yang BERANI menyuarakan ketidakpuasan hati akar umbi bilamana Presidennya begitu TAKSUB memartabatkan pendidikan sekolah Cina ? ATAU akar umbi Umno sememangnya menyokong tindakan2 Najib dalam soal ini ?
Malas nak sebut satu persatu isu yang menjadi perhatian kita ... senang cerita, saya nak tengok apakah akan ada TEGURAN kepada Najib dan kepimpinan Umno ? Atau SEMUANYA betul belaka dimata ahli Umno ?
Point KEDUA - Golongan Sasar..... Siapakah GOLONGAN SASAR Umno ? Masihkah orang Melayu atau ......... sudah diTransformasi kan juga ?
Bukan saja harus dipastikan perwakilan dapat menyampaikan mesej kerajaan dengan jelas tapi juga MENYAMPAIKAN MESEJ ORANG MELAYU KEPADA KERAJAAN DENGAN JELAS !
Jangan PERASAN segala tindakan kerajaan Umno selama ini betul belaka ....
Ramai orang Melayu yang merupakan pengundi atas pagar akan memerhati dengan penuh minat perjalanan PAU kali ini. Jika Umno merasakan PAU kali ini sebagai platform yang penting sebelum berdepan PRU13, begitu juga KAMI yang akan menjadikannya platform yang penting dalam menentukan KOTAK MANA HARUS DIPANGKAH UNDI KAMI.
Ya, Melayu cepat lupa.... tapi setakat 4 bulan,saya percaya ingatan orang Melayu masih kuat. Memandangkan PAU kali ini tidak jauh jaraknya dengan PRU13, nasihat saya kepada perwakilan Umno, jangan pandang rendah impak perjalanan PAU kali ini kepada PRU13.
Saya tidak mahu bercakap bagi pihak orang lain, saya akan jadikan PAU kali ini sebagai penentu apakah saya akan pangkah UMNO BN atau saya akan beri UNDI PROTES tika PRU13 kelak.
Nah .... anda ingin BERSUARA ? INILAH MASANYA !
BERSUARA ketika masih menyukat air menanak nasi BUKAN BERSUARA ketika nasi sudah menjadi bubur.
No comments:
Post a Comment