Nik Aziz label Umno murtad tolak Islam
KOTA BHARU 18 Nov —Mursyidul Am PAS Datuk
Nik Aziz Nik Mat hari ini melabel parti dominan Melayu itu sebagai
murtad kerana menolak Islam parti tersebut Veteran PAS itu turut
menegaskan tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun jika
menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad
kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup Tak kira
siapa pun tak kira kalau tok guru sekalipun kalau murtad murtad lah
Usahkan Umno tok guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dengan
cara hati dia betul Islam tak guna dia murtad walaupun tidak ada mufti
beritahu tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja yakin bahawa Islam
tak guna dia murtad katanya kepada pemberita Umno tolak Islam maka
nampak dia memperlekehkan Islam Dia buang Islam macam lekehkan benda
salah macam ubat habis tempoh dia buang Jadi bila Umno buang Islam agama
apa Umno tu kata Nik Aziz gambar ketika Muktamar Tahunan PAS ke-58 di
Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan Putik hari ini.
Ketika ditanya sama ada adakah Umno telah
memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad Menteri Besar
Kelantan itu berkata tak lekeh apa dia buang Islam Nik Aziz turut
menegaskan gejala murtad yang berlaku bukanlah hasutan daripada paderi
Kristian seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya ia merupakan
kelemahan masyarakat Melayu sendiri kerana menolak Islam Murtad ini
bukan hasutan daripada paderi Kristian tapi daripada orang Melayu
sendiri yang tolak Islam maknanya yang tolak Islam dia murtad Agama apa
Umno pakai bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia maka adakah Umno
sama ada Kristian Buddha atau tak ada agama katanya lagi Diminta
penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas
mendakwa parti itu memperlekehkan Islam Nik Aziz berkata ianya merupakan
soal akidah dan tindakan Umno yang dakwanya menolak Islam turut
memberikan kesan kepada kedudukan Islam itu sendiri Ini hal akidah
akidah salah bila Umno tolak Islam apa taraf Islam takkan nak biar
soalnya lagi Beliau turut berkata PAS adalah serpihan Umno yang
meninggalkan parti tersebut kerana Umno sendiri menolak golongan ulama
mereka Umno tolak tolak alim ulama dia sendiri jadi sekarang Umno pelawa
PAS membela Islam alim ulama sendiri kamu tolak mana boleh nak terima
ulama kami Ini logiknya Jadi kalau ajak kami nak jaga Islam yang ulama
kamu sendiri kamu tolak usahkan nak terima ulama aku tegas Nik Aziz.
Sumber : Mohd Farhan Darwis
* Bukan ke dulu Pok Nik kata UMNO ni KAFIR? Kalau UMNO ni kafir, dah sah2 la dari dulu lagi UMNO murtad. Nape baru sekarang Pok Nik kata UMNO murtad?
No comments:
Post a Comment