GEMPARRR....BADROL AMIN DITANGKAP KERANA MENYERTAI MAJLIS AL-ARQAM
RAWANG -
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggagalkan satu perhimpunan ajaran sesat,
yang disyaki 'Aurad Muhammadiah' dan cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam
di Bandar Country Homes di sini, malam tadi.Perhimpunan
itu melanggar Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor.Serbuan
Jais dibuat kira-kira jam 10.30 malam dan beberapa ahli jawatankuasa majlis
ditahan bagi membantu siasatan.Kira-kira
3,500 pengikut ajaran sesat dijangka menghadiri majlis itu termasuk seorang
pemimpin kanan PKR Selangor.Seorang
timbalan pengarah perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, ketika disoal
siasat pegawai penguat kuasa Jais berkata, perhimpunan diadakan sempena sambutan
ulang tahun keputeraan pemimpinan kanan mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad
bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib".
Berlaku
sedikit kekecohan antara pengikut ajaran dengan anggota penguat kuasa Jais
kerana enggan mengikut arahan membantu siasatan.Nawawi
berkata mereka hanya mengadakan kenduri mega dan majlis doa selamat.Penganjur
turut menurunkan kain rentang serta acara dihentikan serta-merta.Serbuan
turut mendapat kerjasama pihak polis bagi membantu siasatan.Al-Arqam
merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad.Ia
juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan
pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia
ini.Ia
diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.Ashaari,
pengasasnya, meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan
paru-paru.
KUASA ALLAH UNTUK MEMBERITAHU SIAPA BADRUL AMIN INI YANG SEBENARNYA...
No comments:
Post a Comment