Monday, 19 November 2012

BETAPA MULIANYA HATI ORANG UMNO....

Umno tidak sanggup doa kehancuran umat seagama


ALOR SETAR - Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak tergamak untuk mendoakan kehancuran mana-mana pihak terutamanya melibatkan rakyat negara ini sendiri yang seagama walaupun ada perbezaan ideologi politik.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan berhubung doa Pas mahu menghancurkan Umno kerana Pas sering mengadakan solat Hajat dan berdoa seumpamanya apabila ada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Mereka sering melakukannya apabila ada PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK) beberapa hari sebelum hari membuang undi. Bukan setakat membuat solat Hajat untuk kemenangan, tetapi kadang kala berdoa BN hancur.

“Bagaimanapun, hajat mereka tidak kesampaian kerana separuh PRK dimenangi BN. Terpulang kepada setiap orang untuk mentafsir sendiri apa maksudnya,” katanya kepada media pada majlis prapelancaran Fiesta Futsal Gelombang Merah 2012 di D’ Futsal Centre di sini, kelmarin.

No comments:

Post a Comment