Tuesday, 20 November 2012

Pengarang Utusan Ucap Tahniah Kepada Pas Kerana Doa Kehancuran


Pengkalan Chepa – Pengarang Utusan Malaysia ucap tahniah kepada Pas kerana doa menghancurkan Umno yang diimamkan oleh Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Zulkeflee Bakar mengucapkan tahniahlah kepada Pas kerana bersedia menjadi pejuang sejati dan pak turut abadi kepada pakatan pembangkang semata-mata kerana kemaruk kuasa.

“Percayalah tidak semua orang Islam yang buta hati dan tertutup minda mereka untuk menilai apa yang Pas lakukan sama ada betul atau tidak. Hanya pemimpin dan penyokong Pas yang taksub sahaja yang merestui majlis doa berkenaan.

“Memang benar Allah pernah menenggelamkan Firaun di dalam laut, Allah izinkan bumi menelan Qarun, Allah melaknatkan Namrud dan begitu juga Abu Lahab.

“Tetapi pernahkah Pas bertanya kenapakah sehingga ke hari ini Allah masih belum memakbulkan doa mereka untuk menewaskan UMNO dan BN secara total dalam dalam pilihan raya atau meletakkan Pas sebagai parti pengganti UMNO?,” katanya dalam laman politiknya di akhbar itu.Katanya, Justeru daripada pemimpin dan penyokong Pas menghabiskan masa mendoakan kehancuran UMNO adalah lebih baik jika mereka bermuhasabah dan menilai di manakah silapnya perjuangan mereka selama ini.“Percayalah seburuk-buruk UMNO yang mereka doakan agar senasib dengan Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab, parti itu tidak pernah mempertaruhkan Islam untuk meraih undi.

“UMNO juga tidak pernah memperdagangkan hukum hudud untuk menang dalam pilihan raya, UMNO tidak pernah sewenang-wenangnya mengkafirkan sesama Islam kerana berbeza ideologi politik dan UMNO tidak pernah menganggap ulama sebagai terompah.“Selain itu UMNO juga tidak pernah mendoakan mana-mana pemimpin Pas pecah perut atau ditimpa bala dan sudah pasti UMNO juga tidak pernah mendoakan kehancuran Pas dalam pilihan raya.“Tetapi kajilah apakah sikap berpolitik Pas selama ini dan kita pasti mendapat jawapan siapakah sebenarnya yang sedang menuju kehancuran akibat terlalu kemaruk mahu berkuasa!,” katanya.

No comments:

Post a Comment