Sunday 18 November 2012

SAH LAH ORANG TUA NI DAH TERPESONG JAUH...

Nik Aziz: Tak salah doa untuk jatuhkan Umno

Tindakan PAS yang mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapat restu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertegas tindakan membaca doa sedemikian tidak salah dan dibolehkan dalam Islam.
  
Nik Abdul Aziz berkata doa seperti itu boleh dibacakan kerana mendakwa Umno sendiri telah memperlekehkan Islam selama ini.
  
"Tak salah doa macam itu. Umno pun dah tolak Islam, nak mulia di mana lagi," katanya ringkas sewaktu ditemui pemberita pada akhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Kota Bharu hari ini.
  
Beliau mengulas tindakan PAS yang mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur, di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS itu, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pembangkang itu

Antara kandungan doa itu ialah meminta Umno dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati dan dipermudahkan pembangkang.

Doa itu juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
  
Nik Abdul Aziz yang agak emosional ketika diasak pertanyaan wartawan, menyifatkan Umno sebuah parti yang telah murtad kerana menolak hukum Islam.
  
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui  berkata doa itu boleh dibacakan ketika merasa diri dizalimi.

Bila ditanya kenapa pada malam itu tidak dibacakan doa agar Allah SWT menyelamatkan umat Islam yang tertindas di Palestin dan Syria serta etnik Rohingya, Abdul Hadi berkata doa itu sering dibacakan pada majlis-majlis keagamaan lain termasuk khutbah Jumaat.

Sumber : Malaysiakini 

*mmg sahih la POK NIK n the GANG ni dah sesat. Bukan saje sesat, silap haribulan dah nyanyuk. Dlm al-quran pun dah terang2 melarang kita berdoa keburukan untuk orang lain...  

BODOH BAHLUL...

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Tindakan Pas yang terus mengecam Barisan Nasional (BN) dengan terbaru mendakwa UMNO murtad merupakan taktik dan helah mereka untuk mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hal demikian kerana Pas tidak mahu rakyat mempersoalkan mengapa mereka tidak menyentuh langsung soal hudud dan isu kontroversi kebebasan beragama yang dicetuskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sepanjang muktamar Pas kali ini.
Sambil menyifatkan tindakan Pas itu sebagai menanam politik kebencian, jelasnya, UMNO dan BN tidak akan terikut-ikut dengan rentak Pas, sebaliknya akan terus membela nasib rakyat.
"Mereka harap rakyat akan benci dan tolak BN. Tetapi itu politik lapuk. Mereka (Pas) tak pernah berubah cara mendekati rakyat. Dahulu pun tuduh kita kafir, Tun Mahathir firaun, Tun Abdullah penjaga ladang khinzir, kini tuduh kita murtad pula.
"Apakah ini imej Islam? Apakah ini yang nak kita suntik kepada anak-anak kita?" soal beliau ketika berucap dalam majlis berkhatam beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Batu di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121119/dn_13/#ixzz2CeRKRmIP
© Utusan Melayu (M) Bhd


No comments:

Post a Comment