BAB SPIN MENGESPIN, SERAH AJE PADA ANWAR.....
Anwar kata ulamak Umno semua BISU dan TULI...
Anwar Ibrahim mempersoalkanm pendirian ulama Umno yang didakwanya bisu
berhubung tohmahan ke atas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan
tuli terhadap kenyataan menghina janggut Nabi oleh mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dulu Dr Mahathir mengata tentang janggut Nabi. Siapa pernah lihat
janggut Nabi? Mana ustaz Umno? Kenapa tak tegur?,” kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Padang Balang, malam tadi.
"Yang mengata kamu diam, yang tak kata apa-apa, kamu fitnah. Allah maha
kaya. Dia tunjuk anak Dr Mahathir ada saham syarikat arak,” tegas Ketua
Umum KEADILAN sambil menyifatkan perlakuan Umno itu sebagai hipokrit.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah saman Utusan Malaysia, Berita
Harian dan beberapa blog kerana memutarbelit kenyataan beliau berhubung
kebebasan beragama.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno,
didakwa pernah menyinggung amalan menyimpan janggut oleh Rasulullah SAW
dan tidak menarik balik atau memohon maaf berkenaan hal tersebut.
Anwar berkata, menyerang lawan politik dengan kata-kata kesat dan fitnah
langsung tidak mencerminkan budaya Melayu beragama Islam yang mempunyai
tatasusila mulia.
“Bukan budaya orang Melayu buat kerja khianat,” kata Ketua Pembangkang.
p/s: Nampak sangat despratenya Anwar nak pertahankan anak dia dalam
isu murtad.. Habislahhh..., karier politik Izzah confirm berkubur pada
PRU13 nanti.. Hahahaha..
Sumber : MPP Online
No comments:
Post a Comment