Thursday, 1 November 2012

KOT IYE...

Satu Calon Satu Kawasan, Mimpi Sajalah Nak Buat

PARA Godfather Pakatan harami baru-baru  ini bertekak sesama sendiri sama ada nak meneruskan dengan cadangan Godfather OKU (gambar) dari DAP untuk setiap calon bertanding bagi 1 kawasan sahaja atau meneruskan macam keadaan sekarang.

Keadaan sekarang, dialah ADUN, dialah Ahli Parlimen - macam dah tak cukup orang lain untuk dicalonkan bertanding.  Ada dua kes di Pulau Pinang dan Selangor bila Menteri Besar/Ketua Menteri adalah juga Ahli Parlimen dan ADUN dalam masa yang sama.

Maknanya disitu, 2 ekor ini pegang 3 jawatan sekaligus!!  Punyalah tamak dan nampak sangat puak pakatan ini ketandusan orang yang boleh dijadikan pemimpin.  Dalam kes Pulau Pinang, dari hampir sejuta rakyat negeri tersebut, tak seorang pun berkelayakan menjadi Ketua Menteri sehingga orang Melaka diimport untuk memimpin negeri tersebut.


Cadangan Karpal tu sebenarnya kalau nak diikutkan bagus, selain memberi peluang kepada lebih ramai ahli parti bertanding, ia juga meniru konsep yang dah lama diamalkan dalam BN (kecuali 1 atau 2 kes terasing).  1 atau 2 kes terasing yang penulis sebutkan ialah macam tahun 2008 bila Datuk Sri Mustapha Mohamed bertanding di kerusi DUN dan Parlimen.

Itupun masih lagi Mustapha asal Kelantan, bukan dari luar negeri tersebut.
Lagipun Karpal tau, perkara itu menunggu masa untuk menjadi buah mulut orang nanti, apatah lagi bila trend mempertaruhkan calon dari kalangan ahli keluarga pemimpin utama Pakatan Rakyat, sudah semakin menjadi-jadi.

Karpal nak bangkang soal meletakkan calon dari kalangan ahli keluarga tu tak berani, sebab anak beranak dia sendiri pun ada yang jadi ahli Parlimen dan ADUN.  Oleh yang demikian, Karpal beralih kepada satu calon satu kawasan inilah.


Karpal sebetulnya tak mahu orang bercakap, dahlah calon ahli keluarga, setiap orang bertanding sampai 2 kawasan pulak.  Kata ramai sangat penyokong, ramai sangat pemimpin, tapi bila masa bertanding, muka dia jugaklah balik-balik.

Apa dah takde orang lain ke?

Itulah gamaknya yang dibimbangkan sangat Karpal sehingga mencetus kepada idea yang hampir membawa kepada perbalahan dalaman sesama sendiri dalam DAP.  Maklumat terkini, penyokong setia Karpal, RSN Rayer, meledak dengan menuduh semua pemimpin DAP yang menolak cadangan Karpal sebagai tidak menghormati orang tua tersebut.

Lantak engkaulah labu.

Cuma penulis nak sebutkan disini, sebaik mana pun niat Karpal itu, ia tetap tidak akan mendapat perhatian pemimpin DAP, malah pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.  Menjadi ADUN dan Ahli Parlimen ini adalah sumber cari makan calon pembangkang sebab ia adalah satu-satu jawatan berpencen tanpa perlu menjadi kakitangan awam.

Itu yang puak-puak ini kejar-kejar sangat tu.  Selain itu kalau nasib baik, boleh jadi Menteri Besar, Ketua Menteri dimana boleh sapu apa yang patut harta negeri tersebut untuk kepentingan sendiri.

Apa sekalipun, yang terbaik hanyalah BN.  Tidak ada keluarga mana yang monopoli jawatan mana-mana.


 

No comments:

Post a Comment