Zuraidah Mak Lampir Tak Puas Hati, Tuduh Hakim Sebagai Bodoh dan Buta!
Zuraidah Kamaruddin yang sedang berhadapan dengan kes saman
melibatkan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil, bagaikan ikan haruan di
dalam botol. Menggelupur sakan dan berusaha seboleh mungkin dengan akal
'zionis' yang tertanam dalam kepalanya semenjak dia masih lagi menjadi
rakyat Singapura.
Ekoran penolakan rayuan Shamsul Baharin Ismail oleh hakim untuk
mengenepikan 17 tuduhan jenayah, Ketua Wanita PKR itu menyifatkan hakim
sebagai bodoh, bahlol dan bengong. Menurutnya, hakim seolah-olah tidak
mahu dan tidak berminat untuk mendengar kes yang akan memberikan
implikasi terhadap kes samannya.
Zuraidah Kamaruddin disaman oleh
Shahrizat Abdul Jalil selepas Ketua Wanita PKR itu bersungguh-sungguh
menuduh Shahrizat Abdul Jalil terlibat secara langsung dalam
penganugerahan projek kepada NFCorps oleh National Feedlot Centre (NFC)
dalam kontroversi wang pinjaman RM250 juta oleh NFCorps untuk
membangunkan industri fidlot serta pembekalan daging lembu halal ke
seluruh Malaysia.
NFCorps mempunyai projek yang hampir sama di Kazakhstan dan
keluasannya serta pengeluaran ladang fidlot milik syarikat tersebut di
negara berkenaan, jauh lebih besar berbanding di Malaysia memandangkan
kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negera itu kepada
NFCorps.
Shamsul Baharin Ismail pula adalah seorang penyangak dan penipu yang
cuba mengambil kesempatan setelah NFCorps diasak teruk oleh PKR yang
menuduh RM250 juta sebagai wang rakyat atau wang perbendaharaan walaupun
sebenarnya wang berkenaan adalah wang daripada pinjaman bank
komersial.
Selepas penipuannya dilaporkan oleh Datuk Seri Dr. Salleh Ismail,
Pengerusi NFCorps yang juga suami kepada Shahrizat Abdul Jalil kepada
pihak berkuasa, Shamsul Bahrin menyatakan, wang yang ditipunya itu
adalah untuk digunakan sebagai sogokan kepada pihak polis agar kes
NFCorps tidak disiasat. Dakwaan yang dibuat dan rekayasa bukti yang
dilakukannya, amat keterlaluan. Berapa jumlah wang sogokan yang telah
dibuat, siapa yang disogok, bila masanya dan tempat sogokan dilakukan,
tidak dapat diterangkan oleh Shamsul Bahrin.
Sekaligus menunjukkan dia hanya mereka alasan berkenaan setelah ditangkap, memandangkan niat awalnya adalah untuk menipu!
Satu persoalan yang timbul daripada kenyataan Shamsul Bahrin sendiri
ialah, bagaimana wang RM1.7 juta itu digunakan untuk menyogok pihak
polis agar menghentikan siasatan, sekiranya siasatan turut dilakukan
oleh PAC dan SPRM? Walaupun katanya, bukti-bukti telah diberikan kepada
SPRM kononnya Dr. Salleh Ismail telah mengeluarkan arahan kepadanya
untuk menyogok pihak polis, namun adalah sesuatu yang amat menghairankan
sekiranya bukti-bukti yang sama terlalu takut untuk dibentangkan di
mahkamah agar kesnya dibicarakan.
Motif sebenar Zuraidah Kamaruddin agar pihak mahkamah mengenepikan
kes penipuan Shamsul Bahrin ialah, dia akan bebas daripada saman
Shahrizat Abdul Jalil. Walhal kes antara dia dengan Shamsul Bahrin
adalah dua kes yang berbeza walaupun pada furu' yang sama iaitu NFCorps.
Nampaknya Ketua Wanita PKR yang sangat sembrono itu sudah mula kecut
perut untuk berhadapan dengan undang-undang di Malaysia walaupun dia
telah diberikan keistimewaan dengan menjadi wakil rakyat Parlimen
Malaysia, meskipun dia bukanlah warganegara asal.
Tidak ada satu negara pun di dunia ini yang memberi tempat kepada
warganegara anugerah seperti Zuraidah Kamaruddin menjadi wakil rakyat!
Sepatutnya kalau betul sogokan yang ingin dilakukan oleh Shamsul
Bahrin atas arahan Dr. Salleh Ismail, dan Zuraidah Kamaruddin sendiri
mempunyai bukti-bukti yang kukuh tentang dakwaannya bahawa Shahrizat
Abdul Jalil campurtangan dengan kuasa Menteri agar projek tersebut
diberikan kepada syarikat suaminya, mahkamahlah yang menjadi medan
terbaik untuk pembuktian, bukannya menerusi sidang media dan ceramah
politik!
Yang pasti, Zuraidah sedang kecut perut!
No comments:
Post a Comment