Hanya Izrail Yang Mampu Lucut Jawatan Nik Aziz
Sebagaimana yang dijangka, Menteri Besar
Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dia tidak akan
melayan mana-mana desakan dari pihak di luar PAS yang mahu dia meletak
jawatan sebagai ketua kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Menyatakan pendiriannya baru-baru ini
kepada media, Nik Aziz menjelaskan bahawa dia hanya akan tunduk
sekiranya permintaan tersebut dilakukan oleh pihak dalam partinya
sendiri dan bukannya dari pihak yang disifatkan sebagai “buangan UMNO” –
Datuk Ibrahim Ali.
Katanya lagi, untuk berlawan dengan UMNO,
seseorang itu tidak memerlukan tubuh yang sihat untuk berbuat demikian
dan memadailah dengan memiliki kekuatan minda.
Nik Aziz mendakwa, sebagai Menteri Besar,
dia mempunyai barisan “menteri-menteri kecil” yang membantunya
menguruskan pentadbiran negeri Kelantan dan itulah yang menyebabkan dia
berkeras menyatakan kemampuannya mempertahankan kerusi empuk itu.
Persoalannya, apakah dia sedar tentang keadaan dirinya itu atau tidak?
Tahukah dia bahawa dia kini langsung tidak memiliki kekuatan minda sebagaimana yang dia katakan itu?
Dan apakah Nik Aziz fikir bahawa untuk
menjadi pemimpin tertinggi sesebuah negeri itu hanya memadai dengan
kekuatan minda tanpa memerlukan kekuatan fizikal atau tahap kesihatan
yang baik?
Saya ingin bertanya kepada Mursyidul Am
itu, apakah dia fikir dirinya itu cukup syarat untuk menjadi seorang
pemimpin yang sempurna dan mampu mengendalikan segala urusan serta tugas
seorang Menteri Besar?
Sebagaimana maklum, sejak penggal lalu
lagi kita mendengar media melaporkan keadaan fizikal dan tahap kesihatan
Nik Aziz yang kian merosot di mana dia beberapa kali dikejarkan ke
hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.
Malah pada satu-satu masa, dia dilaporkan
kritikal dan tidak stabil keadaannya serta terpaksa dimasukkan ke wad
untuk pemantauan lanjut.
Saya ingin bertanya, apakah Nik Aziz
mampu berfikir secara waras ketika dia sakit dan membuat keputusan bagi
pihak Kerajaan Negeri ketika kepalanya sedang pening berdenyut-denyut?
Apakah keadaan itu tidak menjejaskan keputusannya?
Selain itu, melihat dan dan mendengar
beberapa “fatwa”nya, rasanya ramai umat Islam boleh meneka bahawa
berkemungkinan besar Menteri Besar Kelantan itu sudah “nyanyuk”, “tidak
waras” dan langsung tidak wajar.
Misalnya, dalam hal menjatuhkan UMNO, Nik
Aziz sanggup mengeluarkan fatwa “menghalalkan berkawan dengan syaitan”,
sedangkan begitu jelas firman Allah SWT bahawa syaitan itu adalah musuh
yang nyata!
Apakah Nik Aziz memiliki kekuatan minda
ketika menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan ajaran Rasulullah SAW
itu? Atau minda Nik Aziz ketika itu begitu lemah dan telah dikuasai oleh
bisikan syaitan yang merasuknya?
Seperkara lagi, cuba nyatakan apakah
tindakan dan pelan pentadbiran terbaik yang dikeluarkan oleh Nik Aziz di
dalam penggal ini sejak 4 tahun selepas PRU ke-12 yang lalu. Rasanya,
boleh dikatakan semua hal pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dilakukan
oleh Exco-Exconya yang diketuai oleh Husam Musa.
Apakah dia fikir Husam dapat gaji Menteri
Besar? Husam dapat gaji Exco sahaja dan apakah Nik Aziz fikir adil bagi
orang kanannya itu mendapat habuan yang kecil sedangkan dia layak
mendapat gaji yang diperoleh Nik Aziz.
Apakah Nik Aziz fikir wang gaji yang
diterimanya sebagai Menteri Besar itu berkat sekiranya dia makan gaji
buta setiap bulan dan tugasnya dilakukan oleh orang lain? Nik Aziz tak
punya maruah, kah?
Lagipun, ketidakadilan itu juga mampu
mendorong Husam untuk bertindak tidak amanah. Dia mungkin akan “mencuri
sedikit hak gajinya” menjalankan tugas sebagai Menteri Besar secara
tidak sah melalui penyelewengan dan sebagainya. Apakah Nik Aziz fikir
tentang masalah tersebut?
Apatah lagi jika difikirkan tentan
permintaan ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang memintanya meletakkan jawatan
dan menamakan salah seorang dari mereka sebagai pengganti untuk jawatan
berkenaan.
Malah lebih sinis lagi, dia begitu lembut
berkias, risau sekiranya Nik Aziz mati sebelum menamakan pewaris
“takhta”nya nanti! Nik Mazian ialah ADUN mewakili PAS. Pemimpin PAS
sudah berikan “signal”, Nik Aziz tak faham-faham lagi, kah?
Justeru itu, saya mengharap agar Nik Aziz
menggunakan mindanya yang “kuat” itu untuk memikirkan kepentingan dan
masa depan rakyat Kelantan dan tidak meletakkan mereka di dalam
pentadbiran seorang pemimpin yang lemah sepertinya.
Itupun kalau minda Nik Aziz kuatlah.
Kalau mindanya lemah, teruslah bertanding pada PRU ke-13 nanti dan
jangan terkejut pula jika Izrail datang memanggil sebelum sempat angkat
sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan sekali lagi…!
Sumber : myKMU.net
No comments:
Post a Comment