Sunday, 25 November 2012

AYUH PEMUDA DAN PUTERI UMNO...

 



Tinggal sehari sahaja lagi Perhimpunan Agung UMNO 2012. Perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU13. Sudah tentu banyak usul yang berkaitan dengan PRU yang akan dibahaskan pada tahun ini. Minah jugak tak terkecuali kerana Minah menjadi Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO seperti tahun-tahun lepas. Sudah tentu Minah nak dengar apa usul yang akan dibahaskan untuk tahun ini.

Begitu juga dengan Pemuda UMNO. Sudah tentu mereka juga tak terkecuali. Cuma harapan Minah kepada semua perwakilan yang mewakili bahagian masing2, manafaatkanlah Mesyuarat Perwakilan bagi tahun ini supaya semua usul yang akan dibahaskan pada 28 November ini menjadi guidline kepada kita untuk mempertahankan kerusi yang kita telah pegang dan mungkin juga usul ini juga boleh digunakan untuk merampas kembali kerusi yang telah dipegang oleh pembangkang. 

Sebagai anak muda, kita juga perlu memahami erti perjuangan, pengorbanan dan kewibawaan dalam usaha mempertahankan parti, memperteguhkan kedaulatan Agama Islam dan survival bangsa Melayu dan Bumiputera.Kita perlu menyelami perit jerih nenek moyang kita dalam usaha untuk mempertahankan negara kita dan keamanan sejagat sebelum kemerdekaan. Sebab itu kita perlu mempertahankan kuasa kita..

Ingatlah semua. Kita hanya tinggal kuasa politik semata-mata. Oleh itu, AYUH PEMUDA DAN PUTERI.. KITA BANGKIT UNTUK PERTAHANKAN KUASA KITA DEMI KEDAULATAN AGAMA ISLAM, SURVIVAL BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA SERTA KEAMANAN NEGARA KITA....... 

No comments:

Post a Comment