BAIK LUCUT KAN AJE TUDUNG TU....
Tak masuk akal Nurul Izzah bertudung ajak Melayu bebas pilih agama !
"Selepas
mendengar penjelasan YB Nurul sendiri dan YB Mujahid, maka kami percaya
dan yakin apa yang diperkatakan oleh YB Nurul telah diputarbelitkan.
"Banyak andaian
dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak bagi memanjangkan isu ini
walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri forum itu.
Mereka membuat komen hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Katanya, Nurul
Izzah telah dihukum bersalah oleh seterunya sebelum mendapat penjelasan
dan memahami konteks dan maksud ayat beliau.
"Adalah satu
tuduhan yang tak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang
solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan
Islam dan menyokong orang Melayu Murtad.
"Isu ini telah
dipolitikkan dan sengaja diperbesarkan sedangkan Nurul Izzah tidak
sekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud, orang Melayu bebas memilih
agama atau mengajak orang Melayu keluar Islam atau menyokong orang yang
murtad," katanya.
Sementara itu,
Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusuff berkata, pemimpin Barisan
Nasional sengaja memanjangkan isu ini bagi memburukkan peribadi pemimpin
Pakatan Rakyat.
"Semua pihak perlu teliti hal ini, jangan gunakan untuk kepentingan
politik," katanya.
No comments:
Post a Comment