So, sapa2 yg berkenaan, hrp2 lagu ni bg semangat dan menghiburkan anda....
Thursday, 20 December 2012
Jom kita layan lagu ni....
So, sapa2 yg berkenaan, hrp2 lagu ni bg semangat dan menghiburkan anda....
DAH TERBUKTI AKTA ISA MEMANG BERKESAN..
Bapa Mohd. Noor Fikrie minta ISA diwujudkan semula
PONTIAN 20 Dis. - Bapa kepada anggota kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang mati ditembak di Davao, Filipina pada Jumaat lalu berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi mencegah kejadian sama berulang seperti yang menimpa anaknya, Mohd. Noor Fikrie, 26.
Abd. Kahar Sirun, 53, berkata, walaupun ISA sudah dimansuhkan, undang-undang yang menggantikannya perlulah cukup kuat supaya rakyat negara ini yang disyaki terjebak ke kancah keganasan boleh diselamatkan sebelum mereka pergi lebih jauh.
"Pihak berkuasa memaklumkan, anak saya telah lama disyaki menyertai JI tetapi tidak boleh melakukan penangkapan kerana belum berjaya mengumpul bukti kukuh untuk menahannya.
"Namun, jika ISA masih wujud, saya pasti arwah akan ditahan sebaik sahaja pihak berkuasa menghidu penglibatannya dalam JI, sekali gus menghalangnya daripada melakukan kesalahan lebih besar seperti yang telah dilakukan baru-baru ini sehingga menyebabkannya mati ditembak," katanya kepada Utusan Malaysia.
Abdul Kahar ditemui selepas jenazah Mohd. Noor Fikrie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Abdul Rahman, Benut di sini hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Kahar redha dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada kerajaan terutamanya Kemanterian Dalam Negeri, pihak Polis dan Kedutaan Malaysia di Filipina kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah.
Dia sendiri juga tidak menyangka bahawa mimpi jam tangan yang dipakainya pecah yang dialaminya pada hari Mohd. Noor Fikrie terbunuh membawa petanda buruk buatnya.
"Dalam mimpi itu juga, arwah datang dan duduk di sebelah saya sambil menyatakan Allahyarham gembira dengan apa yang sedang dilakukannya itu.
"Bukan itu sahaja, tia minggu sebelum itu ketika membaca tahlil, saya juga ada tersasul menyebut naka Fikrie dalam doa yang dibacakan, sedangkan nama yang harus disebut adalah Amin. Saya tidak sangka itu semua adalah petanda awal kematiannya," katanya.
396 ahli Pas Semerak keluar parti, sertai UMNO
PASIR PUTEH 20 Dis. - Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari
mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.
Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung
Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN
Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas.
"Kami mula terpengaruh dengan amanat Haji Hadi yang disampaikan oleh
penceramah Pas menerusi masjid dan kempen pilihan raya dalam tempoh 30
tahun lePas," kata Che Ngah yang juga bekas anggota Pemuda Pas Tahan
Lasak pada satu majlis penerangan Amanat Haji Hadi di Kampung Lembah di
sini, hari ini.
Che Ngah berkata sekarang beliau dan rakan-rakannya sedar amanat itu
hanya retorik politik dan bukan ajaran Islam sebenar, sehingga Pas
sanggup mengeluarkan hukum kononnya tidak sah jika bersolat berimamkan
orang UMNO dan terpaksa menikah dua kali (dinikahkan semula) jika
dinikahkan oleh imam UMNO.
Beliau berkata Pas juga gagal menyediakan infrastruktur yang sempurna
kepada rakyat seperti masjid, jalan dan jambatan sebagaimana yang
dijanjikan walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama kira-kira
22 tahun.
Rakannya, Ahmad Abu Bakar berkata beliau merasa kesal dan bersalah
kerana turut terpengaruh dengan amanat itu antara lain orang UMNO yang
meninggal dunia tidak boleh dikebumikan di kawasan perkuburan orang Pas
sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di kampung.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata
kini semakin ramai anggota dan penyokong Pas ingin menyertai UMNO
kerana mereka sudah sedar dengan tipu daya Pas.
"Perkembangan terbaru itu luar biasa dan hasrat UMNO untuk menawan
empat DUN dan Parlimen Pasir Puteh yang kini dikuasai Pas semakin cerah
pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Baru-baru ini pelbagai pihak mendesak Presiden Pas Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dan kepimpinan parti itu menarik balik dengan segera amanat
yang dikeluarkan presiden Pas itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat
Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak. - BERNAMA
* Alhamdulillah. mereka dah makin sedar yg PAS tak bawak kebaikan langsung pada umat Islam. So, Yang lain tu amacam? Nak ikut lagi ke? sedar2 la weh.....
MEMANG SAHIH LA PAS NI PARTI AJARAN SESAT..
Imam enggan urus jenazah
ALOR SETAR 19 Dis. - Seorang bekas pemimpin
Pemuda Pas hari ini menceritakan pengalamannya menyaksikan perpecahan
ketara umat Islam termasuk tindakan seorang imam di kariahnya menolak
untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' akibat terpengaruh dengan Amanat
Haji Hadi.
Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang
'tok guru' yang kuat menyokong Pas untuk menguruskan satu jenazah
sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah
mereka di Pendang pada penghujung 90-an. Bagaimanapun, katanya, imam berkenaan tidak datang tanpa alasan.
"Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli Pas ketika itu ke rumah
imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan
jenazah berkenaan.
"Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan
jenazah 'orang UMNO' dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis.
Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi," katanya ketika
ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bekas Ketua Pemuda Pas di salah satu cawangan Pas di Pendang selama
empat tahun bermula 1998 itu menceritakan pengalamannya ketika mengulas
mengenai pendedahan bekas aktivis dan penyokong tegar Pas, Zainon Ismail
atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut
parti tersebut masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi.
Shahidi yang lebih mesra dipanggil sebagai ustaz berkata, selepas
keluar daripada Pas dia tidak lagi dibenarkan menghadiri kuliah atau
pengajian kitab yang dianjurkan oleh parti itu meskipun pada mulanya
mereka mengatakan tidak kisah jika dia menyertai UMNO.
Menurutnya, akibat kesan Amanat Haji Hadi juga, kebanyakan mereka
menganggap orang yang menyokong UMNO menempah pintu neraka dan tanggapan
itu masih wujud hingga hari ini.
Tambah beliau, semasa menjadi ahli Pas sejak 1997 termasuk berada
dalam Lajnah Kebajikan Pas kawasan Pendang, pemikirannya banyak
dipengaruhi dengan kenyataan dan ucapan pemimpin-pemimpin parti itu.
"Namun selepas saya menyertai UMNO dan berada di dalam parti, baru
saya nampak kebenaran kerana perjuanganya adalah benar iaitu demi agama,
bangsa dan negara," katanya.
Berikutan itu, Shahidi menyeru penyokong Pas agar kembali kepada
landasan perjuangan Islam sebenar dengan tidak terlalu taksub dengan
parti itu kerana ia tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu.
Katanya, penyokong UMNO dan Pas perlu bersatu atas nama Islam supaya nasib orang Melayu dan Islam terbela di negara ini.
UDAH-UDAH LA POK NIK OOIIII.....
Nik Aziz mahu bertanding lagi
KOTA BHARU 20 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
sekali lagi menyatakan hasrat mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 akan datang meskipun ramai yang berharap beliau bersara daripada
politik memandangkan keadaannya yang semakin uzur.
Katanya, menjadi kewajipan kepadanya untuk menentang UMNO selagi masih ada orang Melayu yang memberi sokongan kepada parti itu.
Insya-Allah saya bertanding. Apa saja perkara yang UMNO tidak
setuju, saya akan buat. Macam saya kata dulu, bertanding politik bukan
tubuh sihat tetapi fikiran betul, tak mabuk. Kalau ajak saya bertumbuk,
saya minta maaf," katanya dalam sidang akhbar di kediaman rasminya di
JKR 10 di sini hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini meminta
supaya rakyat membuka mata dan menolak untuk memilih pemimpin yang
tidak menepati janji.
Teguran tersebut ditujukan kepada Nik Abdul Aziz ekoran kenyataannya
sebelum itu yang membayangkan mahu bertanding lagi dalam pilihan raya
umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini.
Nik Abdul Aziz yang kini berusia 81 tahun sudah 44 tahun berkecimpung dalam politik. Beliau yang menyertai Pas pada tahun 1960 sebagai ahli biasa pernah
menjadi Ahli Parlimen Hilir Kelantan pada 1969 dan menjadi Menteri Besar
Kelantan sejak 1990.
Ditanya janji beliau sebelum ini yang mahu berundur daripada politik
sekiranya Dr. Mahathir berbuat demikian, Nik Abdul Aziz berkata:
Bila saya sebut? Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar
kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya
berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong
UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."
* Udah2 la Pok Nik. Makin lama Pok Nik pegang, makin huru-hara la rakyat dibuatnya dengan fatwa2 yang sesat lagi menyesatkan....
Isu Kafirkah aku???
Mengapa terus memusuhi UMNO?
BESUT 20 Dis. - Ketika Hashim Deraman, 56,
menjadi penyokong tegar Pas, kebencian terhadap UMNO meruap-ruap dan
darahnya bagaikan menyirap apabila soal kebaikan UMNO dan kerajaan
didengarinya.
Disebabkan taksub, dia juga membayangkan emosinya terganggu setiap
apabila melihat bendera atau lambang UMNO dan Barisan Nasional (BN) di
depan mata yang dianggapnya penghalang terhadap perjuangan jihad Pas
untuk menegakkan sebuah negara Islam.
''Saya tidak boleh tengok. Ada ketikanya saya kerah budak-budak untuk
membuangkan dan saya akan bergalang-ganti menghalang sebarang cubaan
untuk menampal atau mengantung bendera atau lambang parti UMNO dan
Barisan Nasional," ujarnya.
Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menceritakan Amanat Haji
Hadi mengukuhkan sokongannya kepada Pas namun akhirnya dia
beransur-ansur menyedari ikutan secara membuta-tuli itu suatu yang
sia-sia berdasarkan pemerhatiannya terhadap tindak- tanduk para pemimpin
Pas.
Beliau menyatakan demikian ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktiviti dan penyokong tegar PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N. al-Afgani bahawa puluh ribu pengikut parti itu masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Katanya, apabila PAS semakin galak mempertahankan hubungannya dengan parti seperti DAP, Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PRSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dia mula berfikir apakah mash terpakai amanat itu yang menyentuh hubungan gabungan UMNO dan parti-parti bukan Islam dan perjuangan kabur mereka (PAS).
Beliau juga mula mempersoalkan mengapa harus berterusan membenci UMNO dan penyokongnya yang menerima Islam sedangkan perjuangan Islam PAS semakin reda dan indak-tanduk pemimpinnya juga mula menampakkan mengejar kebendaan.
"Mengapa mereka masih terus memusuhi UMNO sedangkan (PAS) boleh begitu rapa dengan DAP yang jelas menolak perjuangan ke arah negara Islam. Bagaimana pula sikap kita sama ada ingin memilih calon bukan Islam DAP atau calon Melayu dan Islam UMNO dalam pilihanraya?
"Saya melihat PAS lebih berperanan untuk membantu mengukuhkan DAP dan saya bimbang PAS akan terus tunduk kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang. Saya tidak nampak lagi perjuangan Islam dan jihad PAS," ujarnya.
Malaysia bercadang ambil guru bahasa Inggeris dari India
Perdana Menteri berkata, cadangan itu disambut baik oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh yang mengarahkan tindakan susulan dilakukan segera.
Perdana Menteri India menyambut baik cadangan tersebut dan akan mengarahkan menteri berkenaan untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Pendidikan kita bagi merealisasikan cadangan itu," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas pertemuan dua hala dengan Manmohan dan bermesyuarat dengan anggota Forum Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia-India (MICEOF) di sini hari ini.
Najib tiba di sini lewat malam tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari yang bermula hari ini. Sidang bertemakan Perkongsian ASEAN-India untuk Keamanan dan Kemakmuran Bersama ini diadakan sempena 20 tahun hubungan dialog ASEAN-India dan ulangtahun ke-10 Sidang Kemuncak ASEAN-India.
Ini lawatan kedua Perdana Menteri ke India selepas lawatan pertama pada 2010 yang diikuti lawatan balas Manmohan sembilan bulan kemudian. Sejak itu hubungan Malaysia-India bukan setakat hubungan perdagangan biasa tetapi telah berkembang melalui perkongsian strategik dalam pelbagai bidang termasuk hubungan antara rakyat.
Menurut Perdana Menteri lagi, cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.
Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) dari negara itu di tempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.
Katanya, memandangkan India banyak menghantar pelajar ke luar negara, beliau mencadangkan kepada kerajaan India untuk melihat Malaysia sebagai satu lagi pilihan bagi menempatkan pelajar mereka di pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia. - UTUSAN
* sekurang2nya najib sentiasa mencari jalan utk kemudahan rakyat. Korang ada? silalah jawab wahai PAS, PKR n DAP.....
Subscribe to:
Posts (Atom)




