Thursday, 3 January 2013

DENGARLAH NASIHAT TUN..

'Jangan bereksperimen'


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Rakyat dinasihatkan agar tidak bereksperimen untuk menukar kerajaan serta terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang yang mampu membuatkan negara ini tidak stabil dan berkembang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mengambil contoh beberapa janji pembangkang yang mahu mengubah negara ini kepada ‘negara berkebajikan’ seperti pendidikan percuma, pemansuhan tol, meningkatkan subsidi petrol dan royalti minyak, semua janji itu akan meletakkan negara dalam keadaan bahaya.

Menurutnya, idea-idea itu pernah cuba dilaksanakan oleh negara-negara sosialis dan komunis, tetapi semuanya gagal.

‘‘Realitinya, semua kerajaan perlu wang untuk pembangunan selain memberi subsidi kepada rakyat. Tetapi jika sesebuah kerajaan mengorbankan cukai, tol dan yuran, kerajaan akan kekurangan wang. Dan dalam masa sama, kerajaan itu perlu membelanjakan wang untuk kemudahan awam, lebuh raya, sekolah, hospital, kos operasi dan pembangunan, pencen serta subsidi-subsidi lain.

‘‘Jadi, di manakah kerajaan mahu mendapatkan dana yang diperlukan? Boleh sahaja membuat pinjaman jika wang itu dilabur dan memberi pulangan untuk membayar semula pinjaman. Tetapi jika pinjaman dilakukan hanya untuk perbelanjaan, ia tidak akan mampu melangsaikan hutang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Beliau berkata, dalam kempennya untuk kembali memegang ‘takhta’ Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pernah menjanjikan beberapa perubahan seperti menutup kem tahanan AS di Teluk Guantanamo selain menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan.

Namun jelasnya, segala janji-janji itu gagal dilaksanakan.

‘‘Membuat janji semasa berkempen cukup mudah. Sekarang ini, pembangkang di negara ini cuba meniru rentak Obama dan menjanjikan perubahan. Mereka kata, berilah mereka peluang kerana Barisan Nasional (BN) telah mentadbir negara ini selama 55 tahun.

‘‘Memang diakui BN telah mentadbir negara ini sejak merdeka. Tetapi bandingkanlah Malaysia dengan negara-negara lain yang sama mencapai kemerdekaan. Bandingkan dengan negara-negara membangun di Barat. Mereka kini berdepan masalah kewangan dan tidak mampu mengatasi krisis,’’ tegasnya.

Beliau kemudiannya mengajak rakyat mengimbau kembali krisis kewangan yang melanda dunia sekitar 1997 dan 1998.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu cuba menggunakan penyelesaian Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF.

‘‘Bank dan syarikat berdepan dengan ancaman kebankrapan. Kos import meningkat manakala kos sara hidup melonjak. Rekod Menteri Kewangan itu buruk walaupun beliau sering mendakwa kejayaan yang dibawa oleh orang lain itu sebagai kejayaannya.

‘‘Kini sebagai pemimpin pembangkang, beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan terbaik yang diperkenalkannya sepanjang berada dalam kerajaan? Apa yang diminatinya hanyalah meniti tangga kepimpinan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri,’’ ujarnya.

Atas dasar itu katanya, rakyat tidak seharusnya terpedaya seperti mana beliau sendiri terpedaya dengan gaya pemimpin berkenaan suatu ketika dahulu.

‘‘Memberi tempoh lima tahun kepada pembangkang sebagai kerajaan cukup bahaya. Banyak perkara boleh musnah dalam tempoh itu. Mereka yang kononnya berjuang kebebasan bersuara tetapi sering kali mengambil jalan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya,’’ tambahnya.

Malaysia negara pilihan pesara


WATERFORD, Ireland 3 Jan. - Sebuah laman web mengenai gaya hidup, InternationalLiving.com, menamakan Malaysia sebagai antara negara paling murah untuk pesara tinggal di dunia.

Menurut pengarang laman web itu, sepasang suami isteri yang sudah bersara, hanya memerlukan wang mininum AS$1,076 (RM3,228) sebulan untuk menetap di Malaysia.

"Dengan bajet AS$2,000 (RM6,000) sebulan, sepasang pesara boleh hidup mewah di Malaysia, yang merupakan satu daripada destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara,'' kata pengarang laman web itu.

Laporan itu menyatakan, satu beg penuh mengandungi buah-buahan segar termasuk mangga, pisang, epal, oren dan nanas hanya berharga AS$4 (RM12) di Malaysia dan kos makanan untuk dua orang pula hanya sekitar AS$10 (RM30).

"Pakej Internet jalur lebar pula boleh didapati dengan kos AS$30 (RM90) sebulan, manakala pakej televisyen kabel pula hanya berharga AS$40 (RM120) sebulan,'' jelas laporan itu.

Menurut senarai negara paling murah untuk didiami selepas bersara oleh InternationalLiving.com, Nicaragua muncul lokasi bajet terbaik kerana hanya sebanyak AS$995 (RM2,985) diperlukan bagi sepasang pesara untuk perbelanjaaan dalam tempoh sebulan.

Berada di tempat ketiga adalah Ecuador, apabila pasangan pesara boleh menjalani kehidupan selesa dengan wang sara hidup kurang daripada AS$17,000 (RM52,700) setahun atau AS$1,415 (RM4,368.50) sebulan.

Panama menjadi negara keempat pilihan terbaik untuk pesara menetap dengan kos perbelanjaan bulanan sebanyak AS$1,865 (RM5,595), sementara Mexico di kedudukan kelima dengan kos belanjawan AS$2,129 sebulan (RM6,387). - AGENSI

NI AGAKNYA SALAH SATU TANDA NAK KIAMAT...

Pagar sempadan Israel-Mesir siap dibina

Israel siap membina pagar sempadan yang memisahkan negara itu dengan Mesir, kelmarin. Foto: EPA

TEL AVIV - Israel siap membina pagar sepanjang 230 kilometer dari Pelabuhan Eilat di Laut Merah hingga Genting Gaza yang memisahkan negara itu dengan Mesir, kelmarin.

Pagar setinggi lima meter itu turut disokong peralatan pengawasan tentera yang kononnya dianggap oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebagai bukti komitmen beliau terhadap keselamatan Israel.

Tujuan utama ia dibina adalah untuk menghalang pendatang haram dan pejuang Islam bersembunyi di kawasan Sinai yang tidak diletakkan di bawah undang-undang Mesir.

Difahamkan, peringkat akhir pagar sepanjang 14 km tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

Israel dilihat sengaja mempercepatkan projek pembinaan itu berikutan jumlah kemasukan penduduk Afrika ke negara itu dilaporkan semakin meningkat.

Langkah terbaru itu menyebabkan hanya 36 pendatang haram memasuki ke Israel pada bulan lalu berbanding 2,153 orang pada 2011.

Lebih 60,000 penduduk Afrika masuk ke negara itu secara haram sejak beberapa tahun lalu untuk mendapatkan pekerjaan dan perlindungan. - Al-Jazeera

Wednesday, 2 January 2013

R.I.P. FOR IBAN'S WARRIOR

NATIONAL HERO Kanang anak Langkau passes away in Kuching 

 NST ALERT at 10:14am 3rd January 2013 read : National hero Datuk Temenggong Kanang anak Langkau died at Kuching General Hospital this morning. He was 67 years old.

Kanang (on Najib Razak's right) during a recent dialogue session with the Prime Minister.

My deepest heartfelt condolences to Kanang's family, friends and comrades who have lost a man ... who was so full of fire in his belly. 

I first met Kanang in August, 2005 in Simanggang (Sri Aman) during my course of duty as a journalist in Sarawak. 

Loud spoken, aggressive and opinionated yet Temenggong Kanang was a humble man. I've met, had long chats and worked with the hero on many 'social projects' since 2005. 

Our last meeting was in Kuching sometime in 2011. A day earlier I had bumped into him during a Biro TataNegara do in Lundu which was officiated by Sarawak chief minister Pehin Sri Taib Mahmud and a bearded Kanang told me he was doing his bid to educate the younger generation on the value of peace.

Having had the truly 'bloody' experience of fighting the communist terrorists in Peninsula Malaysia, Kanang was engaging the young to enlighten them on the evils of war and armed confrontations.

Whenever we bumped into each other, Kanang (who often addresses his acquittance as 'tuan') will also always remind me "Tuan, ramai lagi pejuang lama yang masih tidak dihargai. Kita kena cari dia orang'. 

For it was Kanang and veteran Sarawak-based journalist James Ritchie who led me to re-discover Malaysia's sole surviving George Cross recipient Awang Anak Raweng, another legendary Iban tracker, also in August 2005.

May Your Soul Rest in Peace, TUAN KANANG! 

Agi Idup, Agi Ngelaban.

Amacam? Nak Tabur Fitnah Lagi?

Hr tu Minah keluarkan artikel tentang Orang Asli dikatakan dah buang undi sebelum PRU kan? Now, jom kita dengar penjelasan dari YB dato' Haji Samsudin bin Haji Abu Hassan mengenai perkara tu...


So, nak fitnah orang lagi? Udah udah la wahai PENCACAI PAS, PKR dan DAP... Fitnah korang tu tak kemana. Makan diri balik ada lah......

Tuesday, 1 January 2013

JIRAN TETANGGA....

Baru-baru ni Minah attend kenduri kawin sepupu Minah kat Taiping. Majlis tu diadakan kat Dewan Orang Ramai kat Taman Sri Kota. Dalam kemeriahan majlis perkahwinan sepupu Minah, ada sesuatu yang menarik perhatian Minah.Korang nak tau apa bendanya? Jom kita tengok gambar ni...


Ok. Agak2 korang la, mcm mana la hubungan mereka ni?