Tuesday, 15 January 2013

TU LA DIA KALAU DAH DASAR PENIPU....

BEKAS KAKITANGAN ADUN DAP DITAHAN ATAS TUDUHAN MENIPU
 
 
Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor telah diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih 20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.

Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Difahamkan, setakat ini, suspek dipercayai sudah menipu seramai 22 orang dengan setiap seorang mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit pernah bekerja dengan Adun Subang Jaya.

“Pengadu dalam kes ini adalah ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh. Beliau melaporkan terdapat 22 individu yang didaftarkan untuk menerima sumbangan bantuan Skim Mesra Usia Emas (RM1,500 setiap seorang) tidak menerima sumbangan berkenaan.

“Selepas disiasat, suspek didapati mengemukakan surat wakil yang mempunyai tandatangan milik penerima sumbangan yang dipercayai dipalsukan untuk mengambil sumbangan berjumlah RM33,000 berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya di mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

You Have To Know That...

Revolusi Mesir : "Tun Mahathir Milik Orang Islam"


Oleh Kamarn J.

Salam semua, sudah lama saya tak beri posting kat sini. Sebenarnya sibuk sikit dan turut sibuk berdebat dengan pak2 Arab Mesir dan orang putih yang dok sibuk dengan revolusi Mesir baru2 ni di wall mereka. Dan saya sungguh tak sangka, puak2 muda Arab revolusi tu sangat memuja Tun Mahathir bila saya beritahu, saya dari Malaysia. Dan mereka menyatakan Tun Mahathir bukan milik Malaysia sahaja TETAPI MILIK ORANG ISLAM, beliau tak sepatutnya bersara. WOW! 

Saya buka komen saya dengan, "Revolusi Mesir ni tidak akan bawa sebarang kebaikan kepada rakyat Mesir tetapi hanya keburukan, kamu semua dah terkena dengan permainan organisasi2 barat seperti IMF". Pada awalnya ramai Pak Arab marah dengan saya. Kemudian saya pastekan fakta IMF di wall mereka. Dan saya bertanya soalan cepu emas "Jika Revolusi kamu benar, habis tu kenapa polisi ekonomi negara kamu ditentukan di France oleh organisasi IMF sebelum kamu melantik PM baru kamu, dan kenapa tidak ditentukan di Parlimen kamu sendiri seperti negara saya dan negara lain?". Terkedu pak2 Arab revolusi nak jawab. 



Ada orang putih mengatakan orang2 Arab mempunyai pilihan, tetapi mereka tetap meilih diktator dan monarki yang korup. Jawapan saya mudah. Dari fakta sejarah, rakyat2 di tanah Arab tidak pernah bebas memilih ketua dan hala tuju negara mereka semenjak Revolusi Arab menentang khalifah Uthmaniah pada awal 1900 an, apabila mereka ditipu oleh Lawrence of Arabia, bermula dari monarki, diktator dan sampai hari ni masih ditentukan oleh kuasa barat. Hangpa boleh kaji sendiri latar belakang mereka semua seperti Saddam Hussin, Gadafi yang termasuk dalam monarki Arab Saudi. Begitu juga revolusi Mesir ni. Realitinya, barat masih tidak mahu negara2 Arab bebas menentukan hala tuju mereka sendiri. 

Ada pulak puak Salafi mengatakan Mesir akan melaksanakan undang2 Islam. Saya jawab dengan mudah, "Kamu akan gagal dan tidak akan berjaya melaksanakan undang2 tersebut. Sebabnya mudah, membentuk struktur perundangan baru akan mendatangkan kos, macamana kamu nak biayai kalau POLISI EKONOMI negara kamu berada di tangan IMF? IMF akan menentukan belanjawan negara kamu, bukannya kabinet pemimpin kamu." Terkedu pak Arab Salafis nak jawab  … hehehe.

Saya selalu berdebat di discussion board TIME Magazine semenjak 2 bulan lepas. Saya tak save link tersebut sebab tempat tu bukan favorite saya, cuma saya suka dengan topik artikel TIME tersebut – “Siapa sebenarnya "in control" Mesir hari ni, adakah puak2 demokrasi atau ektremis Islam? Dan komen2 saya menyatakan fakta -DUA2 TIDAK MENGUASAI MESIR tetapi sebaliknya IMF. Negara ni ibarat macam syarikat la, tapi dalam skala besar,. Siapa yang control "check book" negara tu, dialah control negara tu. La ni IMFla yang control "check book" Mesir sebab dia dah tentukan POLISI EKONOMI MESIR semenjak April. 

Antara komen2 saya yang menyebabkan pak Arab2 revolusi terkedu nak jawab, "How these Egyptians Salafists going to implement their Sharia law? To implement, it need funds from their budgetary system and IMF already dictates their economic policies, so how? Reality is, IMF already calling the shots in their economic policies and Egypt took it in last April and indirectly the west already took control Egypt through their economic policies. The reality is, the west are the "real" players here not these extremists. So much for Egypt revolution and democracy  … hahaha. This is real fact." (Ada berpuluh komen saya, tapi tak ingatla, yang block buster kasi puak2 revolusi ternganga saya ingat  … hehehe"). 

Ini pula komen saya bagi geng2 Mat Saleh terkedu bila mereka dok kutuk gerakan Islam di Mesir yang kononnya nak merampas revolusi rakyat Mesir ; “Facts are facts and speculations are speculations. Facts are the IMF/west already took control Egypt by dictating/controlling their economic policies since April after Egypt took the loan. Controlling/dictating their economic policies means controlling Egypt. Their economic policies are decided even before their new parliamentary line up and leader elected by Egyptians  … hahaha. So now, WHO IS ACTUALLY CONTROLLING EGYPT? 

Saya juga ada komen kat pak Arab2 ni, “Revolusi kamu ni ada cacat celanya sebab involve 3rd party macam Soros dan IMF ni. Ini akan lebih banyak beri kebaikan kepada orang luar jika dibandingkan dengan rakyat Mesir melalui liberalisasi ekonomi yang keterlaluan. Contoh kat Iraq, siapa yang untung la ni? Rakyat Iraq ke atau syarikat2 luar negara macam Halliburton dan lain2 tu? Setakat ni rakyat Iraq masih jadi pelarian dan dok ternganga je. Oil for food program pun syarikat luar yang untung, rakyat Iraq masih ada yang tak cukup makan. So ini akan jadi pada Mesir jugak, maklumlah barat hendak selesaikan masalah kritikal ekonomi mereka. Agaknya, dari mana duit mereka nak kebas? Semestinya dari negara2 Arab yang baru  buat revolusi ni. 

Ada seorang pak Arab tanya saya dari mana sumber info saya, sebab kononnya saya menghina revolusi Mesir. Saya jawab mudah, “Itulah kamu tak peka, sementara kamu dok sibuk kat tengah jalanraya, puak2 IMF ni dok tibai bursa saham dan komoditi negara kamu secara spekulasi” Saya terus bagi link IMF yang menunjukkan IMF sudah pun merangka polisi2 ekonomi untuk Mesir. Takde konspirasi teori pun, straight forward je  … hahaha (komen ni saya dapat paling banyak "LIKE")

  Macamana nama Tun Mahathir boleh naik dalam discussion board artikel tu, bila ada antara mereka tanya saya dari negara mana, saya jawab Malaysia. Terus nama Tun Mahathir naik. Tak sangka ramai orang Arab penyokong revolusi  tu terus bagi respek kat saya yang pada awalnya marah kat saya sebab2 komen2 saya. 

Dan paling menarik perhatian saya, ada pulak yang menyatakan, kalau Tun Mahathir yang lead Revolusi Mesir, Mesir akan jadi lebih baik. Tetapi saya jawab balik, “Kalau Tun Mahathir yang lead revolusi kamu, beliau tidak akan ambik IMF. Polisi Ekonomi adalah darah sesuatu negara. Ia sepatutnya milik negara, bukan orang luar seperti IMF. Jikalau orang luar yang tentukan polisi ekonomi negara kita, maknanya kita masih tidak bebas”.

Saya pun tak sangka, puak2 revolusi Arab tu banyak yang PRO MAHATHIR rupanya, bukannya PRO ANWAR  … hahaha. Anwar je perasan  … hahaha. Saya bagitahu mereka, “Tun Mahathir dah pencen, dia tak akan lead revolusi kamu pun. Kalau berminat belilah buku dia melalui MPHonline, atau boleh download digital copy, manalah tahu idea2 dia boleh bantu perbetulkan revolusi kamu”.


Artikel berkaitan - Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir

Boleh percaya ke nih? Janji dulu pun tak tertunai????


Korang percaya ke dengan janji-janji depa nih? Klik je http://pasbagandatoh.blogspot.com/2013/01/apakah-10-tawaran-negara-berkebajikan.html

Monday, 14 January 2013

Niat guling kerajaan


CYBERJAYA 14 Jan. - Penganjuran himpunan pembangkang Sabtu lalu menunjukkan pakatan itu mempunyai niat untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat melalui cara yang ditiru dari negara-negara Arab.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaedah dari Arab yang digunakan pembangkang bagaimanapun tidak menunjukkan ciri-ciri demokrasi serta tidak kena pada tempatnya.
''Pembangkang adakan perhimpunan sebab mereka lihat diri mereka tidak boleh menang melalui cara demokrasi atau pilihan raya, jadi mereka tiru cara-cara di negara Arab.

''Tetapi kerajaan di sini bukan kerajaan kuku besi, kerajaan di Malaysia adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Cyberjaya di sini hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Dr. Mahathir telah diberi taklimat oleh pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman Sdn. Bhd. (SHSD) mengenai projek-projek yang sedang dan bakal dijalankan di bandar pintar tersebut.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir mempertikaikan tujuan pakatan pembangkang yang selalu mengadakan himpunan sekiranya mereka terlibat dengan apa-apa kes mahkamah.

''Walaupun boleh buat demonstrasi dalam negara demokrasi, mereka kenalah ada alasannya dan bukan adakan demonstrasi mengenai Shamsidar," katanya.

Beliau berkata, tindakan pakatan pembangkang mengadakan himpunan besar-besaran juga mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.

''Pihak berkuasa pun serba salah sebab kalau mereka ambil tindakan maka akan dituduh sebagai kasar, tetapi mereka tetap diperkatakan kalau mereka longgar sedikit," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata, Malaysia mesti mempunyai sistem ganjaran kepada bakat asing supaya tenaga kerja yang mempunyai kepakaran akan memilih untuk berkhidmat di negara ini.

''Saya masih berpegang kepada pendapat bahawa kita perlu beri taraf pemastautin tetap kepada bakat asing. Banyak negara yang dikatakan maju sebenarnya bergantung kepada bakat asing yang berkebolehan," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

KHAS UNTUK PEROKOK TEGAR....

Kerajaan pantau jualan rokok elektronik


BANGI - Kementerian Kesihatan memantau rapi penjualan rokok elektronik atau e-cigarette di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata kementerian telah mengesan terdapat rokok elektronik yang mempunyai cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan di pasaran.
  
"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
  
Akhir-Akhir ini, rokok elektronik yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok itu dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.
 
Menteri Kesihatan berkata, pada ketika ini tiada kawalan berhubung penjualannya di negara ini kerana rokok elektronik tanpa cecair nikotin diguna untuk mengurangkan ketagihan perokok.
  
"Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette," katanya.
  
Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952 dan ia hanya boleh dibeli melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.
  
"Kementerian Kesihatan mengawal penjualan cecair nikotin agar ia tidak boleh dijual sebarangan kerana penggunaan yang berlebihan dalam rokok eletronik akan meningkatkan ketagihan terhadap rokok dan memudaratkan kesihatan," katanya.
  
Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan. - Bernama

Thursday, 10 January 2013

TAK BERBALOI LANGSUNG.....

Remaja perempuan didenda RM425 kerana dera anak kucing





KENT 10 Jan. - Dua remaja perempuan Britain menggemparkan ramai pihak apabila aksi mereka menghayun seekor anak kucing menggunakan ekor haiwan itu dirakam dan disebarkan di dalam laman sosial Facebook.

Remaja berusia 15 dan 16 itu turut membaling ke arah satu sama lain anak kucing berusia lapan minggu sambil ketawa di sebuah kediaman yang terletak di Isle of Sheppey, di sini.

Walau bagaimanapun, kedua-dua remaja itu ditangkap dan didenda sebanyak 85 pound (RM425) selepas aksi mereka dilapor kepada polis.

Mereka turut diarahkan bertemu panel khas bagi memastikan tidak terlibat dalam perlakuan sedemikian selama sembilan bulan lagi dan tidak layak memelihara haiwan selama setahun, selepas mengakui kesalahan tersebut di Mahkamah Belia Maidstone.

Ketua Inspektor Persatuan Diraja Membanteras Jenayah Kekejaman terhadap Haiwan (RSPCA), Steve Dockery berkata, rakaman itu sangat mengejutkan ramai pihak.

"Paling membimbangkan apabila remaja tersebut menganggap perbuatan mereka melucukan.
"Penderaan haiwan bagi tujuan hiburan tidak boleh dipandang ringan, tambahan lagi disebarkan di dalam laman sosial, seolah-olah mengatakan perbuatan tersebut boleh diterima," katanya.

Walau bagaimanapun, anak kucing tersebut terselamat dan kini ditempatkan bersama penjaga baharu yang menjaganya dengan baik.

Doktor haiwan yang melakukan pemeriksaan tersebut mendapati anak kucing itu hanya mengalami tekanan dan menakjubkan apabila tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk.

Seorang lagi rakan kepada dua remaja yang bertanggungjawab merakamkan aksi itu mengaku tidak bersalah dan dijangka dibicarakan pada satu tarikh yang tidak dinyatakan. - AGENSI

SEE YOU IN COURT!!!!

Tunku Aziz cabar Karpal bertemu di mahkamah

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya seperti yang tersiar dalam artikel bertajuk DAP's Triumph of Chauvinistic Will (Kejayaan Semangat Cauvinis DAP).

Sebaliknya, beliau mencabar Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk bertemunya di mahkamah.
"Mengapa saya perlu menarik balik kenyataan dalam tulisan saya? Jika perkara tersebut benar, mengapa saya harus tarik balik?

"Saya ingin ungkap pepatah popular Karpal, 'langkah mayat saya dulu' sebelum minta saya tarik balik, kita jumpa sahaja di mahkamah untuk menentukan siapa sebenarnya yang berbohong dalam perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Karpal mendakwa Tunku Abdul Aziz menuduhnya menghalang ahli DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri seperti ditulis dalam artikel yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Disember tahun lalu.

Barikutan itu, beliau menggesa kenyataan tersebut ditarik balik kerana berpendapat artikel itu ditulis untuk sengaja memburukkan dirinya pada pandangan Orang Melayu di negara ini. Tunku Aziz menambah, adalah cukup jelas, pemberian darjah kebesaran merupakan pangkat dan penghargaan yang diberikan oleh raja-raja Melayu yang beragama Islam.

"Ironi sungguh kenyataan Karpal kerana pemberian darjah di negara ini sebenarnya diberikan oleh golongan raja yang berketurunan Melayu, bukannya Cina, India atau Iban, bukan begitu? Karpal sememangnya menghalang pemberian darjah kebesaran ini dari pembesar Melayu," tegasnya.

Tunku Abdul Aziz  turut membidas sikap Karpal yang meminta beliau berhenti mengkritik DAP. "Nampaknya Karpal terlupa, saya sudah meninggalkan parti tersebut. Antara saya dan DAP sudah tidak ada sebarang pertalian. SAya bukan lagi 'boneka' untuk menurut sebarang perintah mereka.

" Saya nasihatkan DAP untuk bersikap lebih terbuka dengan kritikan yang saya buat. Sudah semestinya saya bebas untuk mengeluarkan sebarang pendapat,: ujarnya.

Jelas beliau, adalah satu kesilapan besar bagi beliau untuk mempercayai DAP sebagai sebuah parti multinasional DAP seperti yang digambarkan kerana hakikatnya DAP merupakan sebuah parti Cina.

Dalam perkembangan lain, Tunku Abdul Aziz menafikan khabar angin yang beliau telah ditawarkan menjad Gabenor Pulau Pinang.

** Amacam Karpal? Ada Bran????