Tunku Aziz cabar Karpal bertemu di mahkamah
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya seperti yang tersiar dalam artikel bertajuk DAP's Triumph of Chauvinistic Will (Kejayaan Semangat Cauvinis DAP).Sebaliknya, beliau mencabar Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk bertemunya di mahkamah.
"Mengapa saya perlu menarik balik kenyataan dalam tulisan saya? Jika perkara tersebut benar, mengapa saya harus tarik balik?
"Saya ingin ungkap pepatah popular Karpal, 'langkah mayat saya dulu' sebelum minta saya tarik balik, kita jumpa sahaja di mahkamah untuk menentukan siapa sebenarnya yang berbohong dalam perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Karpal mendakwa Tunku Abdul Aziz menuduhnya menghalang ahli DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri seperti ditulis dalam artikel yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Disember tahun lalu.
Barikutan itu, beliau menggesa kenyataan tersebut ditarik balik kerana berpendapat artikel itu ditulis untuk sengaja memburukkan dirinya pada pandangan Orang Melayu di negara ini. Tunku Aziz menambah, adalah cukup jelas, pemberian darjah kebesaran merupakan pangkat dan penghargaan yang diberikan oleh raja-raja Melayu yang beragama Islam.
"Ironi sungguh kenyataan Karpal kerana pemberian darjah di negara ini sebenarnya diberikan oleh golongan raja yang berketurunan Melayu, bukannya Cina, India atau Iban, bukan begitu? Karpal sememangnya menghalang pemberian darjah kebesaran ini dari pembesar Melayu," tegasnya.
Tunku Abdul Aziz turut membidas sikap Karpal yang meminta beliau berhenti mengkritik DAP. "Nampaknya Karpal terlupa, saya sudah meninggalkan parti tersebut. Antara saya dan DAP sudah tidak ada sebarang pertalian. SAya bukan lagi 'boneka' untuk menurut sebarang perintah mereka.
" Saya nasihatkan DAP untuk bersikap lebih terbuka dengan kritikan yang saya buat. Sudah semestinya saya bebas untuk mengeluarkan sebarang pendapat,: ujarnya.
Jelas beliau, adalah satu kesilapan besar bagi beliau untuk mempercayai DAP sebagai sebuah parti multinasional DAP seperti yang digambarkan kerana hakikatnya DAP merupakan sebuah parti Cina.
Dalam perkembangan lain, Tunku Abdul Aziz menafikan khabar angin yang beliau telah ditawarkan menjad Gabenor Pulau Pinang.
** Amacam Karpal? Ada Bran????
No comments:
Post a Comment