Wednesday, 16 January 2013

JOM KITA BACA SURAT NIH...

SURAT TERBUKA KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK: APA YANG TERJADI AKHIR INI ADALAH RAHMAT ALLAH SWT

(Nota: Aku dah hantar artikel ni ke Utusan Malaysia tapi aku tak sure samada ia akan diterima dan diterbitkan atau tidak. So, aku harap sangat korang yang bersetuju dgn artikel ini dan merasakan ia perlu disebarkan, please share kan URL page ni diblog dan FB korang. At least kalau Utusan tak terbitkan, tersebarla jugak artikel  ni sedikit sebanyak. Terimakasih banyak2 Yop dan Yong!)
 

Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,
Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada ‘kita’ menjelang PRU13 nanti.
Di sini, Teman tidaklah akan menghujahkan yang tindakan YB Ngeh Koo Ham itu adalah salah dari segi undang-undang dan begitu juga dengan tindakan YIK. Sebaliknya, Teman akan membincangkan perkara-perkara yang zahir dan sahih sahaja. Perkara-perkara yang zahir dan sahih yang Teman maksudkan adalah seperti berikut:
    1)  Pembelian saham (seterusnya pertukaran hak-milik) UPSB kepada YB Ngeh Koo Ham kerana beliau sendiri mengaku akan perkara ini.
2  2) Walaupun proses pertukaran hak milik ini berlaku pada tahun ini (2012), tiada apa yang boleh mengubahkan hakikat bahawa UPSB memang telah mendapat pajakan tanah dari YIK seluas 10,526 ekar sejak 2006 lagi seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikel Harakah baru-baru ini.
3    3)   Dan selepas pertukaran 2012 ini, UPSB dimiliki hampir seratus-peratus oleh seorang individu yang bukan bumiputra dan fakta ini datang secara semulajadi hasil dari fakta 1) dan 2)
 

No comments:

Post a Comment