Sunday 20 January 2013

KALAU DAH TERANG-TERANG PADERI SENDIRI PUN DAH CAKAP MACAM TU, KORANG MASIH NAK PERTAHANKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN KE????

Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam


KUALA LUMPUR 13 Jan. - Kenyataan seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam memperkukuhkan lagi pendirian ulama di negara ini yang menentang penggunaan kalimah itu di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali memberitahu, kenyataan Jahja itu juga selari dengan perjuangan para ilmuwan dan pertubuhan Islam di negara ini bahawa tiada ruang untuk umat Islam berbeza pendapat tentang penggunaan kalimah Allah.

“Kenyataan itu mengukuhkan lagi pendirian kita bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam. Pendirian kita jelas, walaupun sebelum paderi itu membuat pengakuan di dalam bukunya lagi.

“Kita menentang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu kerana melibatkan urusan ibadat sesuatu agama. Kalimah itu kita perlu pertahankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Jahja di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu ‘Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular’ yang mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam. (untuk mengetahui petikan buku ini, klik http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130113/dn_06/Petikan-buku-Mengapa-Nama-Yahweh-Semakin-Popular-karya-paderi-Indonesia



Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman pula memberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat di negara ini terhadap kitab Perjanjian Lama dan Baru, tiada menyebut tentang Tuhan penganut ajaran Kristian sebagai Allah.

“Itu jelas. Apa yang disebutkan oleh paderi berkenaan juga selari dengan kajian yang dilakukan di negara ini, jadi kenyataan beliau mengukuhkan hasil kajian itu.

“Kami menghargai bantuan paderi itu dalam membantu menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini," jelasnya.

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan turut mempertahankan pendirian pertubuhan itu bahawa kalimah Allah tidak wajar digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Katanya, kenyataan Jahja juga membantu menerangkan kepada orang Islam dan juga penganut agama Kristian di negara ini tentang mengapa kalimah itu tidak wajar digunakan oleh penganut selain umat Islam.


* apa ke BINGAI la PAS nih. yg nak sokong DAP pasal penggunaan kalimah Allah dalam Bible tu nak buat apa? Kalau Paderi Kristian sendiri pun dah kata Kristian tak boleh menggunakan Kalimah Allah dalam bible, takkan korang nak bersekongkol dengan DAP jugak??? Fikir la sikit.. BODOH.... BAHLUL...


 

No comments:

Post a Comment