Minah harap lepas korang baca, jadikanlah surat ini sebagai pedoman....
gambar hiasan
KISAHNYA :
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya
mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz
supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya
selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali
ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz
saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg
cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan
seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz
..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan
kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah
berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia
seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak
pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan
santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami
ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih
belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya
sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri
saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui
teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz
selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan
keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya
kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai
itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari
jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai
setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri
saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke
rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana
lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk
ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah
makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada
saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu
tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa
terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis
terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa
sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya
sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia
ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh
berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan
linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya
habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan
harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya
dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya
kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan
yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya
datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi
sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu
hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah
balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah
dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan
saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya
dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan
tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang
memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk
saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah
malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan
mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang
kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan
sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak
tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan
makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan
minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan
kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman
yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan
apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya
kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya
malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami
orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang
menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya…
ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang
telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg
menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya
beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus
kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang
merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah
hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi
dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di
atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan
menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan
abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati
saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan
menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam
wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya
kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan
menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai
mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar
halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat
terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana
beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu
bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada
berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk
saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya
meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi
katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga
diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya
menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata
terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu
berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah
hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg
pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah
akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta
layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah
ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman
yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya
pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa
tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu
dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah
dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas
terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya
dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya
tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu
itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis
“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya
senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan
bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari
kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika
tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga
diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak
marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah
pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada
ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap
cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar
suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat
begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda
akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya...
No comments:
Post a Comment