Tuesday, 8 January 2013

Nasihat Pemimpin

BN bangkit sebagai parti kuat dan kukuh untuk bawa pembaharuan rakyat - Muhyiddin


SEREMBAN 9 Jan. - Selepas melalui apa yang dikatakan ‘’tsunami politik’’ pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN. 

"Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan. 

"Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini semalam.
Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment