Wednesday, 25 December 2013

IM BACK

Assalamualaikum to all kaum2 blogger....


 
Lama kan Minah tak kuar artikel kan.. So sorry.. Lately Minah bz. Ditambah pulak dengan masalah blog. Tak pe la. Apapun, Minah bersyukur kerana masih dapat menulis artikel untuk tatapan korang semua. 

Misi Minah, Minah nak pastikan PR tumbang terus. Menyusahkan orang lain je. Dalam UMNO pulak, Minah nak sumbangkan idea dan tenaga secara profesional. Minah perlu bersikap profesional kerana Minah tau bukan semua orang bahagian suka cara Minah. Even, Minah tau sebenarnya depa tak nak Minah duduk kat seat Minah sekarang. Kalau boleh, mereka nak pastikan Minah tak de dalam barisan mereka. Tapi, Allah maha berkuasa. Dia dah tetapkan kerusi tu untuk Minah.

Cuma Minah tak faham. Kenapa yang lebih gedik tu yang mereka nak. Sedangkan selama ni, apa je masalah yang berlaku, Minah yang tanggung walaupun sebenarnya bukan salah Minah. Bukan tu je. Minah berkorban untuk bangsa Minah, Minah selalu dimaki hamun, dikutuk, malah dicop memandai2, sedangkan Minah buat ikut arahan.

Kekadang betul kata orang. Dalam parti, yang buat kerja tak dipandang, yang just tengok, kaki bodek, kaki menggedik, itu yang dipandang. Minah yang tak gedik, dikatakan gedik. I don't understand about this. Yang bestnya, bila senang, Minah diketepikan. Bila susah, Minah antara yang dicari.

Tapi tak pe la. Minah redha. So, Minah decide lebih baik Minah kekalkan sikap Minah iaitu low profile. Maknanya Minah hanya muncul kalau ada program atau timbul sebarang isu yang membabitkan Islam, Melayu dan UMNO. Bila dah settle, Minah akan menyepi. Mungkin itu lebih baik. Sekurang-kurangnya Minah boleh tumpu perhatian pada pelajaran. 

Cakap pasal pelajaran, Minah buat keputusan untuk sambung degree. Insyaallah, Minah start class on Februari. Mungkin ini yang terbaik untuk masa depan Minah. Sebab Minah sedar yang hayat Minah dalam Puteri tinggal 3 tahun. Jadi, inilah masa yang terbaik untuk Minah buat apa yang Minah tak sempat nak buat dulu. 

So, Minah harap korang tetap menyokong Minah dan doakan Minah berjaya. Minah sayangkan korang semua, Islam, Melayu dan UMNO.....

MALU OIII... ORANG PUTIH PUN MENGAGUNGKAN KARYA MELAYU....

Buat macai- macai PR especially Pok Nik yang pernah keluar statement malu nak mengaku Melayu, patutnya kita kena malu dengan Orang Puteh ni. Depa lebih menghargai orang MELAYU. Tak percaya? Ni BUKTInya....


Yang paling best sekali, depa siap lakonkan adegan dari filem Pendekar Bujang Lapok dan belajar tarian Melayu lagi....





So now, amacam? Malu tak?

Tuesday, 22 October 2013

EKSKLUSIF : GAMBAR-GAMBAR Majlis Pengebumian Jenazah Jamalul Kiram III


Jamalul, 75 tahun, meninggal dunia di Hospital Manila, Filipina. Jenazah Sultan Jamalul Kiram III diterbangkan ke kampung halamannya di Jolo, Sulu.

Upacara pengkebumiannya diadakan di Maimbung mengikut tradisi keluarga Kesultanan Sulu.

Jenazahnya dibawa melalui penerbangan Lion Air, tiba di Sulu jam 7:30 pagi (20 Oktober 2013) waktu tempatan. Majlis dihadiri ahli keluarga serta pengikutnya.

Kematian Jamalul dimaklumkan oleh anak perempuannya, Jacel Kiram-Hassan menerusi siaran stesen radio.






Semoga dengan kematiannya, tiada lagi kekacauan yang akan berlaku di Sabah. Cukup la pencerobohan yang berlaku telah banyak mengorbankan nyawa sama ada dari pihak kita mahupun pihak mereka. Semoga ia dijadikan pengajaran buat kita semua...

Wednesday, 16 October 2013

KHAS UNTUK PUAK-PUAK PR

Kalimah Allah: Hormati keputusan Mahkamah Rayuan


KEPALA BATAS 15 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat supaya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang diputuskan semalam.

Abdullah berkata, hakim yang membuat keputusan penting itu telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum memutuskan keputusan berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu seharusnya boleh diterima kerana dibuat selepas ketiga-tiga barisan hakim turut mengambil pandangan pelbagai pihak.

"Isu yang menimbulkan pertikaian telah dibawa ke mahkamah dan keputusan diputuskan sebegitu. Jadi, semua pihak harus menghormati keputusan badan kehakiman yang arif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abdullah menghadiri Majlis Korban Perdana Parlimen Kepala Batas anjuran UMNO bahagian itu di Kampung Kuala Bekah di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Abdullah mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, umat Islam di negara ini menunjukkan kematangan dalam isu berkenaan dengan bertindak matang sebelum ini walaupun keputusan mahkamah terdahulu tidak memihak kepada mereka.

"Ketika itu, umat Islam tidak bertindak agresif sehingga mencetuskan keadaan tegang dan menerima dengan hati terbuka kerana tahu ada saluran lain untuk menyelesaikan isu tersebut," katanya.

Sementara itu, Reezal Merican meminta pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim supaya menerima keputusan berkenaan kerana tiga hakim yang membuat keputusan itu telah mengambil kira pelbagai aspek.

"Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli politik dan bersifat legislatif dalam mentafsir Perlembagaan Persekutuan tetapi harus diingat, keputusan itu turut dibuat selepas mengambil kira aspek keharmonian negara. Jadi, wajar difahami," katanya.


Tuesday, 17 September 2013

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan manusia sebangsa dengan kita.

Kisah 1:Seorang cina kaya beli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari.Apa ada dalam fikiran kita? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan. Bagi duit mesti tak mau. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai yg cantik. Satu hari gadis itu tiada, rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran kita? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut nazir dan imam kerana sebut harganya hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Bangsa kita ni, Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu apa yang patut dan harus, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih tak fikir pasal pahala yang menunggu?

Malangnya, kisah di atas adalah kisah benar dan biasa kita dengar. Tak percaya ? Mungkin anda masih perlu lebih teroka dunia kehidupan sekeliling kita. .

Wednesday, 4 September 2013

NAMPAK SANGAT LA KIT SIANG TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI.......

Isu 13 Mei: Nazri bidas cadangan Kit Siang


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menentukan sejarah sebenar tragedi 13 Mei 1969 disifatkan sebagai bodoh.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya perkara itu perlu dirujuk kepada pakar sejarah dan tidak perlu untuk mengubahnya.

“Sejarah adalah sejarah. Kita tidak perlu menulis semula sejarah yang telah berlaku.

“Serahkan sahaja kepada pakar sejarah kerana merekalah yang menulis buku sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan projek ‘Impression’ Melaka di sini hari ini.

Projek ‘Impression’ Melaka yang bernilai RM213.2 juta merupakan satu produk pelancongan yang akan memaparkan persembahan mega di kawasan terbuka di Pulau Melaka.

Projek itu menyasarkan 1.2 juta pelancong melawat Melaka setahun dan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM179 juta kepada ekonomi negara.

Sementara itu, Mohamed Nazri turut menyelar tindakan sasterawan negara yang juga aktivis propembangkang, A. Samad Said yang belum menyerah diri kepada pihak polis kerana mengibar bendera Sang Saka Malaya pada malam kemerdekaan tempoh hari.

“Semua orang adalah sama. Jika menteri sekalipun, kalau diminta menyerah diri, mesti pergi.
“Besar sangat ke A. Samad? Polis panggil, pergi sahajalah," tegasnya.

*Kalau dah buat salah, macam2 akal dia.....

ITU YANG LEBIH BAIK....

UMNO Perak sokong Presiden, Timbalan Presiden tidak ditanding


IPOH 4 Sept. - Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti, Oktober ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pendirian UMNO Perak itu tidak perlu disalahtafsirkan oleh mana-mana ahli demi kebaikan parti dan proses transformasi dalam Umno.

Katanya, Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalanya, Tan Muhyiddin Yassin merupakan gandingan mantap untuk memimpin parti itu.

"Saya yakin UMNO Perak telah nyatakan bahawa di samping tidak menolak hak untuk anggota bertanding di mana-mana peringkat, kami merasai bahawa kedudukan untuk Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengenai pertandingan di peringkat bahagian dan cawangan, beliau berharap ia dapat diadakan dalam suasana kekeluargaan dan ahli parti sudah matang untuk memilih calon yang sesuai. - BERNAMA