Monday, 10 December 2012

Sorry...


Sorry.. Lately Minah bz sgt. Ingatkan lepas balik ni boleh la minah update. Rupanya x sampai 2 hari Minah keje, udah kena outstation.. Tp x pe. Nanti Minah akan update blog ni dgn arikel yg berkualiti.. Insyaallah....

Sunday, 25 November 2012

AYUH PEMUDA DAN PUTERI UMNO...

 



Tinggal sehari sahaja lagi Perhimpunan Agung UMNO 2012. Perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU13. Sudah tentu banyak usul yang berkaitan dengan PRU yang akan dibahaskan pada tahun ini. Minah jugak tak terkecuali kerana Minah menjadi Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO seperti tahun-tahun lepas. Sudah tentu Minah nak dengar apa usul yang akan dibahaskan untuk tahun ini.

Begitu juga dengan Pemuda UMNO. Sudah tentu mereka juga tak terkecuali. Cuma harapan Minah kepada semua perwakilan yang mewakili bahagian masing2, manafaatkanlah Mesyuarat Perwakilan bagi tahun ini supaya semua usul yang akan dibahaskan pada 28 November ini menjadi guidline kepada kita untuk mempertahankan kerusi yang kita telah pegang dan mungkin juga usul ini juga boleh digunakan untuk merampas kembali kerusi yang telah dipegang oleh pembangkang. 

Sebagai anak muda, kita juga perlu memahami erti perjuangan, pengorbanan dan kewibawaan dalam usaha mempertahankan parti, memperteguhkan kedaulatan Agama Islam dan survival bangsa Melayu dan Bumiputera.Kita perlu menyelami perit jerih nenek moyang kita dalam usaha untuk mempertahankan negara kita dan keamanan sejagat sebelum kemerdekaan. Sebab itu kita perlu mempertahankan kuasa kita..

Ingatlah semua. Kita hanya tinggal kuasa politik semata-mata. Oleh itu, AYUH PEMUDA DAN PUTERI.. KITA BANGKIT UNTUK PERTAHANKAN KUASA KITA DEMI KEDAULATAN AGAMA ISLAM, SURVIVAL BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA SERTA KEAMANAN NEGARA KITA....... 

Sehari Sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2012

UMNO BERSEDIA TERIMA LEBIH 5,000 PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN AGUNG 2012


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor berkata Umno sudah bersedia menerima kehadiran 5,447 anggota
perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan bermula minggu depan.
Katanya segala persiapan kini sudah di peringkat akhir dan mengikut jadual
yang ditetapkan.

"Kami di ibu pejabat Umno yakin perhimpunan agung akan berjalan dengan
lancar," katanya pada sidang media khas mengenai perhimpunan agung itu di Ibu
Pejabat Umno di sini, hari ini.

Menurut Tengku Adnan Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bakal bermula Selasa
ini dengan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan didominasi oleh
mood pilihan raya yang juga merupakan fokus utama Perdana Menteri dan Presiden
parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 991 anggota perwakilan bagi setiap sayap parti itu akan bersidang
dan mengemukakan agenda masing-masing sebelum perasmian Perhimpunan Agung Umno
2012 pada Khamis.

-- LAGI 

TENGKU ADNAN-PERSIAPAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Tengku Adnan berkata seramai 52 delegasi mewakili 20 parti dari 18 buah
negara di peringkat antarabangsa juga telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan
kali ini sebagai pemerhati dan menyertai Forum Antarabangsa 2012.

Forum bertajuk ''Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat-Menoleh ke
Belakang atau Memandang ke Hadapan'' itu akan berlangsung selama dua hari bermula
Isnin (26 Nov).

Dalam pada itu Tengku Adnan sekali lagi mengingatkan perwakilan Umno yang
akan berbahas pada Perhimpunan Agung Umno 2012 supaya berhujah secara bijak dan
tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyakitkan hati pihak lain.

Katanya walaupun mungkin teruja berucap terutamanya memandangkan perhimpunan
kali ini diselubungi mood pilihan raya, mereka perlu mengelak daripada
menimbulkan isu yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

"Kita minta mereka ''bertomakninah'' sedikit. Memang ada kebebasan untuk
berbahas dan kita terima semua usul yang diberikan. Tapi sebagai parti
berasaskan kaum, kita juga bimbang dan meminta bahawa mereka jangan menyakitkan
hati orang lain," katanya.

Persidangan Agung Umno kali ini juga akan menyaksikan seramai 1,782 wartawan
dari 102 buah agensi media melibatkan media cetak dan elektronik selain media
baharu termasuk blogger dan portal berita online akan bertugas sepanjang
persidangan berlangsung.

-- BERNAMA

 

Himpunan Hari Wanita Muda Negara



Hari ni Minah attend Himpunan Hari Wanita Muda Negara. Himpunan hr ni dihadiri oleh wanita muda Dari seluruh Negara dan dia anjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Program ini bertujuan menghimpunkan wanita muda yang berbilang bangsa, agama mahupun keturunan yang ada dari seluruh Malaysia untuk meneroka potensi diri serta peranan wanita dalam mencorakkan kemajuan dan perubahan positif negara di samping menyemarakkan lagi semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing. 



Majlis pembukaan dan ucaptama disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri selaku Penaung Himpunan manakala perasmian penutup oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 


Antara pengisian program Himpunan Wanita Muda Negara 2012 ini adalah forum perniagaan, keusahawanan, program-program motivasi, program-program kesihatan, segmen khas “Di Sebalik Kejayaan Lelaki Berdiri Seorang Wanita”, bengkel-bengkel, pameran-pameran serta mini Konsert.



Antara artis yang membuat persembahan adalah Jimmi Palikat dan Noraniza Idris. Bagi segmen khas
“Di Sebalik Kejayaan Lelaki Berdiri Seorang Wanita”, panel bagi segmen ini adalah Datuk Chef Wan, Datuk Dr Sheikh Muzafar dan Ustaz Fathul Baar

  Yang paling menarik perhatian Minah adalah booth SEJUTA IMPIAN. Mereka Akan edarkan kad kecik pada setiap peserta n Minah pun x terkecuali. Kita boleh tulis apa saja impian kita dlm kad tu. Then Banyak pendedahan yg Minah dpt. 

Hopefully semua wanita2 muda Malaysia yg dtg hr ni Akan gunakan peluang ni sebaik2nya utk meningkatkan Kemajuan diri....

Thursday, 22 November 2012

PATUTNYA SENDIRI BUAT, SENDIRI MAU INGAT LA...

Izzah saman Utusan isu kebebasan beragama


KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.
Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Saman itu berhubung lima artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.

GEREK SEH...


Insyaallah, BN menang lagi kalau Pemuda dan Puteri diberi perhatian..........

ANWAR Mesti Conar Baring Ni...Mukanya Marah Kehadirannya Tiada Sambutan....


Bangang sangat ANWAR ni.....memang patut pun.Penduduk Di Shah Alam sudah naik menyampah dan meluat dengan ANWAR bebbb.Kalau yang datang tu bukan semua yang sokong ANWAR hanya mahu mendengar apa yang diperkatakan saja tapi kena tahan sikit lah telinga tu.