LEE KUAN YEW DALANG PENGUNDI HANTU CINA PRU13!! SATU PENDEDAHAN!!
Singapura menerusi Population White Paper mempunyai rancangan penambahan
penduduk yang begitu tersusun. Sasaran Singapura adalah untuk mencapai
jumlah penduduk seramai 6.9 juta orang menjelang 2030. Pada tahun 2011
sahaja penduduk Singapura telah bertambah seramai lebih 600 ribu orang
atau 12.9%. Ini menjadikan penduduk Singapura sekarang adalah 5.18 juta
orang. Pertambahan penduduk pada kadar 12.9% setahun adalah suatu
pertambahan yang amat besar. Purata kadar pertumbuhan penduduk dunia
hanyalah sekitar 1.8% setahun sahaja sementara untuk negara kita
Malaysia kadar pertumbuhannya adalah 2% setahun.
Adalah amat mustahil sesebuah negara dapat menambah penduduk pada kadar
yang amat drastik sekali sebagaimana apa yang berlaku di Singapura. Dari
mana Singapura mengimpot bangsa cina untuk menambah penduduk di pulau
tersebut? Ianya adalah dari Taiwan dan Tanah Besar China. Hari ini
sehingga setakat Julai 2013 jumlah penduduk Singapura akan mencapai 5.46
juta orang (anggaran oleh CIA). Dengan penduduk seramai 5.46 juta orang
Singapura berada ditempat ke 105 dalam senarai jumlah penduduk
negara-negara di dunia. Sementara dari segi keluasan pula Singapura
berada pada kedudukan 192 dunia.
Keluasan pulau Singapura hanyalah 697 km persegi, tidak sampai separuh
keluasan Negeri Melaka atau ianya sedikit lebih kecil dari keluasan
Negeri Perlis yang jumlah penduduknya tidak sampai 250,000 orang.
Masalah Amat Besar Singapura dalam menjayakan dasar penambahan penduduk
ini tiada lagi lagi TANAH untuk menempatkan penduduk dan tiada lagi
TANAH bagi membuka kawasan perindustrian dan perdagangan baru bagi
menampung keperluan penduduk yang luar biasa jumlahnya ini. Begitu juga
dengan masalah perbekalan bekalan asas seperti air dan tenaga elektrik
yang sememangnya suatu beban berat bagi negara pulau tersebut.
Apa yang paling menarik ialah Singapura memerlukan TANAH DAN AIR
MALAYSIA. Hasrat Singapura boleh dicapai melalui kerjasama belakang
tabir mereka dengan parti cina DAP secara khususnya dan PAKATAN RAKYAT
amnya. Justru itu kita tidak hairan jika dalam pru yang lepas parti PAP
dari Singapura bertungkus-lumus membantu PAKATAN RAKYAT.
No comments:
Post a Comment