Tuesday, 21 May 2013

LEBIH BAIK KITA KEKALKAN KEAMANAN NEGARA DARI BUAT HURU_HARA.


Spring bukan cara Pas, Islam



KUALA TERENGGANU 21 Mei - Pas akan selamanya berpegang kepada prinsip demokrasi dan tidak sekali-kali membabitkan diri untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan dan di luar perundangan semata-mata tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, sudah lama Pas memilih prinsip demokrasi sekali gus menolak kekerasan untuk mencapai kemenangan termasuk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu yang menentukan jatuh bangun sesebuah parti.

Beliau memberitahu, segala undang-undang yang berkaitan perlu dipatuhi dan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keadaan tidak diingini dan huru-hara, bukan pegangan dan pendirian Pas.

"Memang sudah lama, sejak dulu lagi hingga sekarang Pas pilih demokrasi dan perkara ini kekal menjadi pegangan kita (Pas), mungkin sampai bila-bila.

"Bagi Pas, amalan demokrasi adalah yang sebaik-baiknya, bukan bertindak mengikut emosi sehingga berlaku huru-hara. Dalam Islam juga tak mahu berlaku huru-hara.

"Biarlah semuanya dalam keadaan aman damai untuk kesejahteraan rakyat. Perlu ingat, Pas tak suka buat huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun diminta mengulas niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi selain merancang demonstrasi lain pada masa depan.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Susulan itu, semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz juga menolak usaha kumpulan propembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat secara sah dengan demonstrasi di jalanan.

Nik Mohd. Abduh turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh sambil mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Dalam pada itu, Harun selanjutnya berkata, mana-mana pihak tidak wajar mempersoalkan prinsip demokrasi yang dipegang oleh Pas sejak sekian lama dan parti itu akan sentiasa menggalakkan 'jalan damai' demi kesejahteraan rakyat.

Ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap meneruskan siri perhimpunan itu, Harun walau bagaimanapun berkata: "Itu saya tak tahu, itu soal dia (Anwar)".


© Utusan Melayu (M) Bhd 

*bawak-bawak la bertaubat Abang Non ooiiii... DAP dengan PAS pun dah tak layan ko dah. Ko tu pun bukannya makin muda. Makin tua kot. Udah-udah la tu.. Rakyat pun dah meluat dengan ko.....


No comments:

Post a Comment