Tuesday, 23 October 2012

KURANG AJOR PUNYA MAT SABUL....

SATU LAGI RUSUHAN BESAR-BESARAN SEBELUM PRU 13 - MAT SABU

 

 Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan BN apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.

Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesuatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.
 

 Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya.

Bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.


Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar.


Menapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2,000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.


Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit?

Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.


Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.

Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbuat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.  


Bersabit isu FGVH dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka.

Namun bila FGVH diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.


Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.


Seandainya benar penyenaraian FGVH di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya? 


Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.


Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN.


Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera. Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang ketika ini ...


Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.
 

 

Monday, 22 October 2012

CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

ABBY ABADI BUAT HAL LAGI!! 


Pada 21 Oktober 2012 sempena program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi). Abby Abadi dalam intipati ceramahnya menegaskan apa yang difahaminya pada akhir zaman nanti ialah, antara perkara umat islam itu nanti, adalah hiburan dimana dunia yang pernah di jejakinya dahulu.
 Menurut Abby Abadi dalam intipati ceramahnya menegaskan apa yang difahaminya pada akhir zaman nanti ialah, antara perkara yang paling melalaikan umat islam itu nanti, adalah hiburan dimana dunia yang pernah di jejakinya dahulu.

“Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya”

“Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang islam dah.” Ujarnya

Tambahnya juga beliau simpati dengan rakan – rakanya yang terlibat didalam industri hiburan ini. Jelasnya lagi “Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?”

Apabila Minah merujuk kembali beberapa kenyataan dangkal dan kontroversi penceramah bidan terjun PAS sebelum ini, telah dijangka bahawa kenyataan beliau akan menimbulkan satu lagi kontroversi.

Bersemangat beliau mendakwa 'industri hiburan memang menakutkan' seperti beliau tidak mungkin lagi bersekongkol dengan dunia hiburan. Rupa-rupanya tidak!

Sila baca di bawah :Disogokkan dengan satu paparan Video rakaman ceramah yang disampaikan oleh ‘Pelakon’ Abby Abadi di Taman Melewar pada 23/9/2012 oleh rakan kami maka ini yang dapat kami sampaikan kepada anda.

Ujar Abby “Jangan letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya masih sayangkan dunia hiburan. Saya tak nak buat kerja apa yang saya buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya.

Saya tak nak jadi penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya. Saya masih mahu berlakon dan insyallah dengan lakonan pun kita boleh berdakwah untuk agama Allah Swt. jadi saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan untuk semua umat islam”

Dalam ceramahnya juga abby ada menyebut yang dirinya masih sayangkan Ac Mizal sebagai seorang kawan memandangkan hubungan sebagai rakan sudah terjalin lama. Tapi Abby sedar bahawa Ac Mizal tidak sayangkanya memandangkan pelbagai kecaman yang dibuat Ac kepada Abby dalam beberapa isu.

Katanya “Bila saya dekat dengan Agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman katanya, tak payahla, agama simpan je dalam hati dia kata, Lepas tu kawan saya jawap, kalau macam tu ko sembahyang je dalam jamban” Ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir”

Sudah pandai berbelit-belit! Cakap pun tak serupa bikin...

 

HAHAHA... PhD rupanya.....

SEBAB ANWAR IRI HATI KEPADA PM @NajibRazak 

 Usaha kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membantu mendapatkan wilayah autonomi bagi Bangsamoro telah diketahui sejak beliau menjadi Menteri Pertahanan lagi.

Seorang pemimpin berpengaruh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Basilan, Billamin Turabin Hasan berkata, namun masyarakat Bangsamoro tidak menyangka Najib tetap meneruskan pelan mendamaikan MILF dengan kerajaan Filipina apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi Malaysia hari ini.


Menurutnya, disebabkan peranan Malaysia dan Najib itu, masyarakat di wilayah autonomi Bangsamoro hari ini begitu menghormati, kagum serta terhutang budi terhadap Malaysia dan rakyatnya.


"Secara peribadi dan mewakili lebih 5,000 masyarakat Pulau Tapiantana, kami seakan tidak percaya apabila Najib tidak pernah melupakan nasib masyarakat Islam di sini dengan berusaha sekian lama.


"Sebab itu juga, masyarakat Bangsamoro tidak melayan suara sumbang yang mempertikaikan peranan Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik selama 40 tahun itu kerana kami tahu kebenarannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Bilamin Turabin memberitahu, masyarakat Bangsamoro akan menganggap Najib sebagai wira jika rangka kerja damai itu dapat membawa kepada satu perjanjian muktamad terhadap wilayah autonomi Bangsamoro pada 2015.


Dalam pada itu, beliau berkata, Bangsamoro juga masih menagih bantuan daripada Malaysia untuk memberi bantuan dan tunjuk ajar dari segala aspek selepas ini bagi membangunkan wilayah autonomi tersebut.


"Selepas berperang selama lebih 40 tahun, kepulauan Basilan, Tapiantana dan Selainya kini berada dalam keadaan pemulihan, dan dalam hal ini kami sangat memerlukan tunjuk ajar dan bantuan daripada Malaysia.


"Kami memerlukan satu transformasi dalam tempoh terdekat bagi membentuk perjanjian muktamad untuk wilayah autonomi Bangsamoro agar menjadi bukti kepada kerajaan Filipina bahawa kami mampu mentakbir wilayah itu," ujarnya. 

** So, Anwar, Najib ada. Ko ada? 

BESARLAH SANGAT JASA POK NIK....

Jasa Terbesar Nik Aziz 

 
Oleh sebab tidak mahu mendahului rasulullah maka Tun Dr. Mahathir letak jawatan ketika menjadi PM selama 22 tahun.  Jumlah tahun Nabi menyampaikan agama selama 23 tahun jadi panduan kepada Tun Dr. Mahathir. Pada ditri Rasulullah itu ada teladan yang baik. 
Solat hajat merangkap solat jahat ahlul PAS sampai padang stadium yang hijau jadi putih kerana warna kopiah pada tahun 1999 pun tidak berjaya turunkan Tun Dr. Mahathir dari jawatannya.Tun Dr. Mahathir umum sendiri tarikh dia mahu turun. 
Kini Nik Aziz sudah cecah 22 tahun. Apakah tak cukup lagi nak jadi MB? Apa lagi yang belum dia buat yang mahu dia buat? 
Jawatan Ulama dan guru agama tentu tak terjejas jika Nik Aziz undur diri dari arena politik. Malah orang ramai pun tak rasa kehilangan sebab Nik Aziz bukan ada jasa pun kepada rakyat .Tukang karut yang buat fatwa halal haram yang mana "sendiri buat sendiri batalkan". 
Ahlul PAS pun kalau di suruh tulis jasa Nik Aziz selama makan gaji MB mati akal nak tulis, tak tau nak tulis apa, sebab memang tak ada jasa. 
Jadi ulama bukannya jasa, itu faedah kepada Nik Aziz dan bukan kepada rakyat. Nik Aziz yang syok di puja di sembah rakyat bukan dapat apa. Dulu Nik Aziz terkenal sebagai Imam besar orang PAS kini semua tahu dia cuma taraf makmum saja di sisi pemimpin Pakatan. 
Malah orang berzina dengan pelacur cina pun tarafnya lagi tinggi dari. Menjadi ketua kepada Nik Aziz dalam Pakatan rakyat. Orang makan kinzir pun boleh suruh arah Nik Aziz. Amat rugi sokong Nik Aziz kerana Nik Aziz membawa penyokongnya ke rumah sembelihan Pakatan rakyat. 
Jika sokong Nik Aziz dapat Nik Aziz tak apa juga, ni sokong Nik Aziz dapat Kit Siang dan Anwar Ibrahim sebagai ketua. Ditambah Karpal singh lagi dan Ambiga. 
Dulu Nik Aziz kata kalau hari ini Tun Dr. Mahathir letak jawatan, esok saya undur diri. Ulama mana boleh bohong, tapi ulama PAs bolehlah sebab dah ada lesen laluan khas masuk syurga. Agaknya dalam PAS takde orang lebih cerdik dari Nik Aziz, sampai takde pengganti lagi 
Oleh sebab orang PAS pun gagal tulis jasa dan hasil kerja Nik Aziz , maka sahlah Nik Aziz ni takde jasa dan takde hasil kerja. Maka elok sangatlah Nik Aziz undur diri. Lepas undur diri elok muhasabah diri.

 

SORANG LAGI NAK CARI PENYAKIT....

Jumpa di mahkamah, Mazlan beritahu Azalina




SHAH ALAM -  Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman hari ini menegaskan pendiriannya tidak akan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, yang memberi masa seminggu kepada beliau untuk meminta maaf atas kenyataannya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Menurutnya, Azalina boleh membuat apa sahaja persepsi terhadap ucapannya pada Perhimpunan Hijau di Pengerang baru-baru ini, yangantara lain mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih Pengerang bagi menjalankan projek Rapid itu.

Tambah beliau, “itu persepsi beliau tentang ucapan saya. Kalau beliau nak teruskan tindakan mahkamah, kita jumpa di mahkamah.”

“Bagi saya, saya tetap dengan pendirian saya seperti sebelum ini, saya tidak akan memohon maaf kepada beliau dan saya yang juga sebagai Timbalan Pengerusi Mantap akan lebih agresif berkempen kepada penduduk di Pengerang," katabeliau kepada Sinar Harian Online pagi ini.

Semalam, Azalina dilaporkan memberi tempoh tujuh hari kepada Mazlan untuk memohon maaf.
Jika enggan beliau tidak akan teragak-agak untuk menyaman Mazlan, yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Beliau berkata, pihaknya telah bersedia membawa perkara itu ke mahkamah dan telah menyerahkan 'letter of demand' kepada Mazlan melalui peguamnya.

“Tidak mahu mohon maaf tidak apa...kita jumpa di mahkamah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, peguamnya sedang meneliti bagaimana status pembangunan tanah di situ untuk mengambil tindakan lanjut.

Mazlan juga berkata, beliau sedia berbincang dengan Azalina untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu itu.

Dalam pada itu, Mantap akan teruskan kempen kepada penduduk dengan mengadakan seminar pada 24 November inidi Johor Baharu dengan menjemput pakar ekonomi, alam sekitar, dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memberi penjelasan lanjut kepada penduduk di kawasan tersebut.

ATTENTION!!!!!!

Dr M kecewa seni bina Putrajaya hilang keunikannya

Sinar Harian - Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi 'arkitek' pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran baru Kerajaan Pusat hampir dua dekad lalu, kecewa kerana ia sudah mula hilang keunikan asalnya.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri berkata, beliau berharap Putrajaya Holdings akan mengekalkan keunikan seni bina termasuk aspek ciri-ciri Islam seperti yang ditekankan di peringkat awal pembangunannya.

"Putrajaya Holdings, tolong, kekalkan keunikan seni bina Putrajaya," tulis beliau di blognya hari ini.
Dr Mahathir berkata, sebuah bangunan baru yang ditambah di Putrajaya terdiri daripada kaca tidak sedikit pun menggambarkan ciri-ciri Islam, yang tidak ada sifat-sifat imaginatif kerana ia kelihatan seperti kotak yang disusun antara satu sama lain.

"Saya tidak menafikan binaannya hebat, tetapi ia kelihatan hebat jika dibina di New York, bukan di Putrajaya," kata beliau lagi yang bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003.

Idea membangunkan Putrajaya, yang namanya diberikan sempena sumbangan Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri perrtama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, datang daripada Dr Mahathir, yang merupakan Perdana Menteri keempat dan menerajui pentadbiran Kerajaan Pusat dari pusat itu sejak 1999. Ia mula dibina awal 1990-an.

Mengikut makluman laman web Perbadanan Putrajaya, pelaksanaan pembangunan bandar baru ini telah bermula pada Ogos 1995.

Katanya, jika Putrajaya dibangunkan sepenuhnya, ia akan menawarkan sejumlah 64,000 unit perumahan yang dapat menampung keperluan lebih kurang 320,000 penduduk.

Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,931 hektar terletak dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang strategik. Ia terletak di lokasi 25 kilometer ke selatan Kuala Lumpur dan 20 kilometer ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah menurut laman web Perbadanan Putrajaya, Putrajaya dibangunkan berasaskan tema "Bandar Dalam Taman". Sejumlah 38 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan Putrajaya telah dibangunkan untuk kegunaan taman, tasik dan wetland, Manakala kawasan selebihnya meliputi kegunaan pejabat-pejabat.

Dr Mahathir turut menzahirkan kekecewaannya terhadap Putrajaya Holdings yang mengubah struktur binaan hingga melupakan ciri-ciri Islam yang sepatutnya diterapkan di setiap bangunan di Putrajaya.

"Saya ada mengunjungi London baru-baru ini, anda boleh lakukan apa saja yang anda suka di dalam rumah di sana, tetapi setiap unsur binaan di dalamnya akan membuatkan anda terus sedar yang anda berada di London.

"Jadi, saya berfikir, satu abad dari sekarang, saya mahu mereka yang mengunjungi Putrajaya sedar mengenai keunikan seni bina bandarnya," ujarnya.

Beliau menambah, setiap negara mempunyai seni bina tersendiri dan pemaju di sana masih mampu menguruskan dan menjadikan negara mereka secara variasi dan terperinci agar ia tidak lari dari ciri-ciri asal negara mereka.

"Saya percaya setiap orang yang melihat seni bina tertentu di sana akan terus mengingati keunikan Putajaya dan jika ciri-ciri yang sedia ada hilang, tidak mungkin pengunjung dapat melihat keunikan sedia ada ini.
"Ini hanya pendapat saya, mungkin pihak lain akan berfikir sebaliknya," katanya.

 

MEMANG CARI PENYAKIT LA KO PUN....

Faekah Husin Bakal Musnahkan Azzmin Ali Dengan Projek DATUM JELATEK


Azmin Ali sememangnya mencari masalah besar apabila sengaja mencetuskan kontroversi dengan SETPOL Khalid Ibrahim, Faekah Husin. Malah lebih teruk lagi ialah apabila konco-konco Azmin Ali termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin menyemarakkan lagi kemarahan Faekah Husin yang diketahui sebagai seorang wanita yang amat sukar menahan kemarahan selain amat cenderung untuk membalas dendam.

Perihal sikap dendam dan lepas mulut yang ditunjukkan oleh Faekah Husin terutama terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, sudah diketahui oleh pihak awam. Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, Faekah Husin sanggup berbohong kononnya dia mempunyai pelbagai bukti yang boleh menyebabkan Khir Toyo dan Noh Omar disumbat ke penjara kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Selangor.

Selama empat tahun, tidak sedikit usaha yang dilakukan oleh Faekah Husin untuk mengorek pelbagai fail dan data untuk mencari apa-apa kesalahan yang membabitkan Khir Toyo. Walaupun Khir Toyo telah disabitkan dengan kesalahan memiliki hartanah yang nilainya lebih tinggi daripada gajinya, namun isu berkenaan bukanlah sesuatu yang solid. Apatah lagi, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, boleh dipersoalkan terutama membabitkan keterangan saksi-saksi SPRM yang saling bercanggah antara satu lain, apatah lagi dengan fakta bahawa pembelian hartanah berkenaan dibuat menerusi pinjaman bank.

Faekah Husin tahu, menggunakan isu banglo mewah tersebut sebagai senjata untuk menekan Khir Toyo sekadar membunuh bossnya sendiri. Sebabnya, Khalid Ibrahim mempunyai hutang peribadi dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah lebih RM60 juta, tetapi dia masih tidak dikenakan sebarang tindakan. Sedangkan Khir Toyo pula dikenakan hukuman kerana membeli hartanah melebihi gajinya.
Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim yang berhutang, tidak mahu bayar, kemudian buat pelbagai helah agar hutangnya dilupuskan oleh Bank Islam?

Jadi, daripada mendedahkan bossnya itu kepada kecaman dan dakwaan yang lebih berat, lebih baik Faekah tutup mulut berkenaan Khir Toyo. Cerita tentang hartanah Khir Toyo itu sebenarnya sudah pun jadi senjata makan tuan, baik kepada PKR, Pakatan Rakyat, mahupun kepada beberapa kerat pemimpin UMNO-BN yang cuba menjadikan Khir Toyo sebagai kambinghitam.

Faekah sedar, kelangsungan dan keberadaan jawatannya di dalam pentadbiran Selangor amat bergantung kepada Azmin Ali. Bukan Faekah tidak tahu yang Azmin Ali mempunyai kekuatan yang hebat di Selangor. Azmin ada rangkaian dan rantaian kuasa, dari sekecil-kecil kuasa seperti kontraktor sampah sehinggalah kepada kepala gangster, terutama sekali di Ampang!

Namun sebagai SETPOL dan orang yang paling rapat serta dipercayai oleh Khalid Ibrahim, Faekah Husin juga tahu apa yang Khalid Ibrahim tahu. Faekah tahu, Azmin boleh digenggam telurnya menerusi projek ratusan juta ringgit yang Azmin sendiri terlibat secara langsung. Projek berkenaan adalah DATUM JELATEK yang telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor. Projek yang terletak di tapak rumah pangsa Taman Keramat suatu ketika dahulu, masih belum dibangunkan walaupun komisyennya telah hilang disamun Azmin Ali dan konco-konconya.

Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa Faekah sudah pun mempunyai details tentang DATUM JELATEK termasuklah jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya. Faekah hanya menunggu masa untuk membuat pendedahan, sama ada menerusi mulutnya sendiri atau seperti biasa, ‘mengupah’ atau meminta pihak lain mendedahkan butiran tersebut bagi pihaknya.
Azmin Ali mempunyai peranan yang cukup besar dalam projek ELIT dan SUPER MEGA bernilai hampir RM1 bilion itu. Turut sama ada bahagian adalah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib.




DATUM JELATEK merupakan salah satu daripada projek PKNS Property di mana Azmin merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PKNS sewaktu projek tersebut diluluskan. Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Jun 2010 selepas bersengketa dengan Othman Omar dan Khalid Ibrahim berhubung beberapa perkara, termasuklah projek DATUM JELATEK.

Dan DATUM JELATEK jugalah menjadi punca keretakan hubungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Azmin sudah canangkan ke seluruh negara bahawa projek DATUM JELATEK akan menjadikannya sebagai ‘pemegang dana’ kepada segala komisyen namun Khalid Ibrahim yang mempunyai latar belakang korporat mempunyai mulut-mulut yang lebih besar dan lebar.

Kesudahannya, Azmin gagal dalam perebutan berkenaan tetapi dengan menggunakan kelicikannya, Azmin Ali berjaya menyekat PKNS Property daripada meneruskan projek berkenaan sehingga tertangguhlah projek bernilai hampir RM1 bilion tersebut sehingga sekarang.

Itu adalah sebahagian daripada rahsia yang ada dalam kocek Faekah Husin sekarang. Azmin Ali nampaknya tidak mampu pun melepasi tembok yang menghalangnya daripada jawatan Menteri Besar Selangor yang sangat diidam-idamkan. Tembok terbesar yang perlu dibelah adalah Faekah Husin. Sedangkan pada masa yang sama, Faekah tidak sahaja mempunyai senjata yang jauh lebih tajam dan berkesan, bahkan dengan jerkahannya sahaja sudah cukup untuk memandulkan dan memandomkan Azmin Ali buat selama-lamanya!