Sunday, 31 March 2013

ADOIYAI.... AGAK-AGAK LA PUN....


adoiyai  anak org pas pis pus  nie wat hal lagi...hari tuh ditayangmya coli dia kat pagar...tgah hari nie ditayang plak suar kecik dia...rosak akidah puak2 fuckatan nie sejak berkwaan ngan cina DAPig nie..

SUKA-SUKI JE HINA NABI MUHAMMAD NABI JUNJUNGAN KITA.....

 Sanggup hina Nabi untuk kepentingan politik



KUALA LUMPUR 30 Mac - Pemimpin Pemuda Pas dilihat tidak mencerminkan akhlak mulia apabila dengan sewenang-wenangnya mempermainkan nama Nabi Muhammad SAW demi kepentingan politik parti itu.

Penasihat Agama, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berpendapat, seorang pemimpin Islam tidak akan bercakap mengikut perasaan.

"Jangan kerana kepentingan peribadi dan politik, maka Islam juga terheret sama ke tempat yang tidak sewajarnya sehingga menyentuh keperibadian Rasullullah.

"Kita semua tahu Rasullullah merupakan contoh tauladan yang cukup tinggi dan tindakan membandingkan baginda yang maksum daripada dosa dengan manusia bukanlah tindakan orang yang soleh tetapi orang yang fasik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab dengan membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya Rabu lalu.

Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi itu, pemimpin tersebut, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi akaun Twitter@fahmipkg menyebut: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memperjuangkan agama Islam dan perbuatan tersebut patut dikecam.

"Bagaimana mereka boleh sesuka hati mengandaikan perbuatan baginda Rasullullah yang telah wafat? Tindakan itu sangat biadab kerana boleh menjatuhkan darjat suci Rasullullah.
 
"Tindakan tersebut juga merupakan satu penghinaan kepada Nabi kita. Inilah hasilnya jika tunduk dan bersekongkol dengan kafir harbi hingga tersasar jauh dari hala tujuan asal untuk memperjuangkan Islam," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tersebut memperlihatkan tahap mentaliti Khairul Fahmi yang rendah ketika menulis di dalam laman sosial tersebut.

Thursday, 28 March 2013

HAHAHA.... BARU SEKARANG NAK MENGAKU KE????

Bob Lokman mengaku dijadikan alat pancing undi



SHAH ALAM 26 Mac - Pelawak, pelakon dan penulis lirik yang kini menjadi aktivis Pas, Bob Lokman mengakui, penampilannya di pentas ceramah politik pembangkang selama ini untuk memancing kehadiran orang ramai.

Beliau atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman mendakwa, orang ramai yang hadir ke setiap ceramah politik Pas juga lebih tertarik untuk mendengar apa yang keluar dari mulutnya berbanding penceramah politik dari parti itu sendiri.

“Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.

“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program wacana bertajuk Artis dan Politik: Populariti atau Kredibiliti' di sini hari ini.

Kenyataan Bob Lokman itu merujuk kepada soalan apakah penyertaan beliau dalam parti politik pembangkang disebabkan penghijrahannya atau kerana popularitinya.

Selain Bob Lokman, tiga lagi ahli panel wacana tersebut ialah pengarah filem, Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Mohd. Zaidi Jamil atau Zed Zaidi dan pelakon yang kini aktivis Pas, Hairie Othman.

Wednesday, 27 March 2013

KALAU DIA TAK DATANG SINI LAGI BAGUS.......

Anwar tidak direstui di Perak?


IPOH 27 Mac - Desas-desus Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di kerusi selamat pembangkang di Parlimen Ipoh Timor seolah-olah tidak direstui DAP apabila tiada pemimpinnya yang menyatakan sokongan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketika pemimpin DAP mengambil sikap mengunci mulut berhubung desas-desus itu, pemimpin Pas negeri pula lebih rela Anwar bertanding di kerusi lazimnya menjadi kubu kuat Barisan Nasional seperti di Tambun, Lumut dan Bagan Datoh.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang ditanya mengenai desas-desus itu dalam satu sidang akhbarnya hari ini, enggan mengulas.

"Saya tidak mahu komen, saya hanya mahu cakap mengenai perkara ini," katanya dalam sidang akhbar bagi memaklumkan tindakan samannya terhadap akhbar Berita Harian berhubung isu balak di Kelantan.

Tuesday, 26 March 2013

MEMANG TAK LAYAK PUN. USAH LA NAK BERMIMPI...

Sokong pandangan Daim, Anwar tidak layak jadi PM

KUALA LUMPUR 25 Mac - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan menyokong pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diberi peluang untuk terus mentadbir negara.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Daim bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Katanya, beliau cukup mengenali Anwar sepanjang 30 tahun persahabatan mereka dan yakin moral serta kerakusan politik Ketua Pembangkang itu hanya akan meletakkan Malaysia dalam keadaan tidak menentu jika menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Anwar tidak pernah berubah walaupun telah dihadapkan ke mahkamah pada 1998 dan kemudian dipenjara selama enam tahun, sebaliknya semakin rakus dalam usahanya mengejar cita-cita peribadi menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berbuat apa sahaja.

"Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan Daim kerana Najib sudah melakukan banyak perkara yang positif dalam masa empat tahun selepas beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahu pun dalam aspek sosial.

"Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri adalah satu perjudian bagi masa depan negara,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebuah negara Islam seperti Malaysia hendak dipimpin oleh seorang yang dipersoal dan dibelenggu isu moral.

Daim dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Inggeris, New Sunday Times semalam menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang pada pilihan raya umum akan datang berbanding Anwar yang disifatkannya bukan calon tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam wawancara itu juga, Daim memberitahu, Najib telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara bagi meneruskan dasar-dasar transformasi, berbeza dengan Anwar yang disifatkan tidak cekap dalam bidang ekonomi.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan berkata, rakyat kini mengenali belang sebenar Anwar dan kegagalan Ketua Pembangkang itu memberi penjelasan meyakinkan mengenai pelbagai perkara termasuk isu moral membuktikan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.

"Anwar sudah menimbulkan banyak masalah kepada rakyat dan negara, beliau yang mencipta masalah tetapi kemudian menuding jari kepada pihak lain khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk dalam isu moral jadi bagaimana kita mahu memilih pemimpin seperti ini," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, BN mampu kembali mendapatkan mandat besar memandangkan sokongan kuat rakyat terhadap kerajaan serta Perdana Menteri yang komited terhadap tanggungjawab masing-masing.

''Kini rakyat sudah tahu menilai beza antara kaca dan permata, mana satu kerajaan yang baik dan mana satu kerajaan yang hanya tahu mengkritik serta berjanji kosong.

''Jadi saya optimis rakyat akan memberi peluang lebih kepada Perdana Menteri serta BN pada pilihan raya umum nanti kerana mereka mahukan kerajaan yang mampu membangunkan taraf hidup serta memajukan negara," katanya.

DENGAR SINI SEMUA...

PRU-13: Rakyat perlu bijak pilih kerajaan

DR. Mahathir Mohamad menjawab soalan ketika menjadi ahli panel 
bersama  Abdul Hamid Mohamad (kiri) dan Muhammad Ali Hashim.

KUALA LUMPUR 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya bijak menentukan kerajaan dalam pilihan raya umum ini.

Menurutnya, walaupun sistem demokrasi 'menawarkan' hak untuk memilih, mereka sewajarnya mampu membuat perbandingan khususnya parti atau organisasi mana yang benar-benar bertanggungjawab serta mempertahankan Islam.

"Apakah orang yang sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Melayu patut memerintah negara? Dahulunya, pihak ini yang berkata bahawa bekerjasama dengan orang kafir akan menjadikan kita kafir, tetapi kini mereka bukan sahaja bekerjasama, hari jadi pun sambut di rumah orang bukan Islam.

"Akan datang, kalau kita silap, kita akan dapat kerajaan yang merosakkan negara dan agama. Kalimah Allah pun boleh diguna oleh apa jua agama. Apakah kita boleh terima itu? Kerana kepentingan politik, ketepikan negara Islam dan diganti dengan negara berkebajikan. Hudud pula ditangguhkan. Ini kerana apa? Ini hanya undi dan bukannya kerana Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sempena Forum Negara: Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Forum anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pakar wakaf korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
Dr. Mahathir berkata, sebagai keutamaan, orang Melayu perlu menaruh harapan kepada pihak yang telah lama berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut beliau, ini berbanding pihak tertentu yang sekadar mahu merebut Putrajaya dan mendirikan kerajaan semata-mata atau pihak yang hendak menjadi Perdana Menteri. 

"Sebab itu kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk kembali kepada perjuangan asal iaitu demi agama, bangsa dan negara. Kita tak nampak apa mereka boleh buat untuk kita.

"Namun, terpulanglah kepada kita. Cuma, kalau kita salah mengundi, kita tidak boleh salahkan sesiapa," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau ketika bercakap mengenai perpecahan umat Melayu Islam berkata, perkara itu berpunca daripada sikap tamak selain perbezaan pendapat dalam hal-hal berkaitan tafsiran agama.

"Waktu kita miskin, biasanya kita akan rapat sesama kita. Sebab itu, masa British mencadangkan Malayan Union, kita rasa ini seperti mahu merampas negeri-negeri Melayu. 

"Kita lupakan perbezaan antara kita dan bersatu sehingga British tunduk. Tetapi selepas berjaya, terhidang 'peninggalan perang' dan sesama kita mula memikirkan soal pangkat, nak jadi perdana menteri.

"Semua nak berebut. Inilah yang membuatkan kita lupa kepada perjuangan asal kita. Kita pentingkan diri sendiri. Di sini, kita menerima Islam dan fahaman Sunnah Wal Jamaah. Sepatutnya tidak ada perpecahan kerana fahaman yang sama, tetapi dengan politik, ada yang mula saling kafir-mengkafir. Kita sengaja melemahkan diri kita sendiri sehingga tidak lagi majoriti," katanya.

Sementara itu dalam sesi soal jawab, beliau menafikan dakwaan yang mengaitkannya sebagai seorang antihadis.

"Itu tak benar. Saya kata, kita perlu berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Saya tekankan kalau hadis itu bertentangan dengan al-Quran, kita perlu berpandu kepada al-Quran. Sunah kalau kita turut, dapat pahala, kalau tak turut, tak mengapa. Itu cuma sunat kepada kita sebaliknya yang wajib kita ikut datangnya daripada al-Quran.

"Ramai yang mudah terima hadis tetapi menolak al-Quran. Itu sebab ramai yang keliru dan berpecah," tambahnya.

PENGORBANANMU TIDAK TERNILAI HARGANYA..

Hargai pengorbanan perwira negara

BALU-BALU dan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna tidak dapat menahan kesedihan pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama

KUALA LUMPUR 25 Mac - Seluruh rakyat dan kerajaan menghargai pengorbanan mutlak para perwira negara dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menentang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya menyanjung tinggi pengorbanan mereka dan wajar menjadikan perjuangan pasukan keselamatan tersebut sebagai sumber inspirasi dalam menjalani kehidupan harian.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan akan terus membela nasib dan maruah pasukan keselamatan negara di sebalik tindakan sesetengah pihak yang cuba memperlekehkan para perwira negara itu.

"Sesungguhnya, khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan tidak sia-sia. Walaupun ada pihak yang cuba memomok dan memperlekehkan PDRM dan ATM, pihak kerajaan dan rakyat teramai terhutang budi dengan perjuangan anda. 

"Kerajaan juga memberi jaminan untuk terus membela maruah PDRM. Komitmen kerajaan yang ada pada hari ini terhadap kebajikan para pegawai dan anggota PDRM tidak dapat dinafikan. Kerajaan hari ini sentiasa menepati janji," katanya dalam Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di sini hari ini.

Najib menambah, beliau yang mewakili kerajaan dan rakyat turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada PDRM yang selama ini terbukti setia kepada negara sejak zaman darurat, era konfrontasi, tragedi 13 Mei, era insurgensi dan perang terhadap keganasan kini.

Menurut beliau, Malaysia tidak mungkin berada pada kedudukan hari ini iaitu sebagai sebuah sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi tanpa keamanan hasil pengorbanan mulia para patriot PDRM dan ATM. 

"Tuan-tuan dan puan-puan serta pendahulu telah dengan setia dan tanpa ragu-ragu menyambut panggilan pertiwi tercinta. Kita menyanjung tinggi kepada 10 orang pahlawan negara, di mana lapan orang daripadanya adalah anggota PDRM yang telah membuat pengorbanan mutlak," katanya.

Dengan menginsafi hakikat itu, katanya, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menambah baik skim perkhidmatan pasukan keselamatan negara bagi menjamin kebajikan para pegawai dan anggotanya.

Sebagai contoh, katanya, mulai Januari lalu, kerajaan telah menyetarakan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan PDRM dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan-lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Dalam penyelarasan itu katanya, jawatan Penolong Pesuruhjaya Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 48, kini disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 52 Perkhidmatan Awam Am.

"Di samping itu, bagi mereka yang berjawatan konstabel hingga koperal, kerajaan telah melaksanakan kaedah kenaikan pangkat berdasarkan time-based dengan setiap anggota berjawatan konstabel akan mengisi jawatan koperal dalam tempoh masa lapan tahun sahaja jika tiada masalah.

"Ini merupakan satu pakej yang cukup bermakna kepada anggota-anggota PDRM. Kita berharap langkah itu akan merangsang setiap anggota PDRM untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai apa juga yang telah kita tetapkan sebagai objektif yang perlu dilaksanakan.," katanya.