Anwar tidak direstui di Perak?
IPOH 27 Mac - Desas-desus Datuk Seri Anwar
Ibrahim mahu bertanding di kerusi selamat pembangkang di Parlimen Ipoh
Timor seolah-olah tidak direstui DAP apabila tiada pemimpinnya yang
menyatakan sokongan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Ketika pemimpin DAP mengambil sikap mengunci mulut berhubung
desas-desus itu, pemimpin Pas negeri pula lebih rela Anwar bertanding di
kerusi lazimnya menjadi kubu kuat Barisan Nasional seperti di Tambun,
Lumut dan Bagan Datoh.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang ditanya mengenai
desas-desus itu dalam satu sidang akhbarnya hari ini, enggan mengulas.
"Saya tidak mahu komen, saya hanya mahu cakap mengenai perkara ini,"
katanya dalam sidang akhbar bagi memaklumkan tindakan samannya terhadap
akhbar Berita Harian berhubung isu balak di Kelantan.
No comments:
Post a Comment