Friday 1 March 2013

BELUM SEMPAT TAWAN PUTRAJAYA, UDAH FLY OVER RUNTUH....


PUTRAJAYA 28 Feb. - Persimpangan bertingkat yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghubungkan Taman Putra Perdana, Puchong dengan Taman Sains Selangor 2, di sini runtuh dalam kejadian di Kilometer 2.4 Putrajaya Link hari ini.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya akan menjalankan tindakan proaktif dalam waktu terdekat seperti pembersihan dan membaik pulih jejambat tersebut.

“Sebaik sahaja kejadian itu, kita telah membuat kerja-kerja pembersihan dan dijangka memakan masa tiga minggu.Kerja membaik pulih pula akan memakan masa lapan bulan," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Tambah Othman, jejambat bertingkat itu telah diserahkan kepada PLUS Expressways Bhd. (PLUS) untuk tujuan penyelenggaraan pada 22 Mac 2012.

Beliau berkata, pada Disember lalu, PKNS dan PLUS mencapai kata sepakat untuk menutup laluan jejambat bertingkat itu selepas mendapati beberapa tiang kelihatan condong.

Malah katanya, kedua-dua pihak telah melantik jururunding bebas untuk menyiasat serta mengumpul maklumat mengenai keadaan keselamatan jejambat bertingkat berkenaan bagi tujuan baik pulih.

“Namun, belum pun laporan daripada jururunding bebas diterima, jejambat yang kini di bawah seliaan PLUS telah runtuh," ujarnya.

Othman menambah, laluan bawah yang merupakan laluan Putrajaya Link di Kilometer 2.4 juga ditutup ekoran keadaan tanah mendap.

Bagaimanapun jelasnya, PKNS tidak sama sekali bertanggungjawab dalam membaik pulih laluan di Kilometer 2.4 Putrajaya Link kerana bahagian tersebut diselia oleh kontraktor yang dilantik.

No comments:

Post a Comment