Thursday, 14 March 2013

TIAN CHUA TIAN CHUA.......


Menurut Tian Chua, punca utama berlakunya kemelut di Sabah menuju kepada tindakan Dr Mahathir dalam pemberian kad pengenalan kepada pendatang luar. Saya sebenarnya bersimpati dengan Tian Chua dan rejim pembangkang kerana mereka sudah kemaruk hendak memegang jawatan dalam pentadbiran, tetapi mereka tidak nampak bahawa Sarawak dan Sabah diberi hak yang sedikit istimewa berbanding Semenanjung.

Untuk pengetahuan mereka, kedua-dua negeri Borneo ini mempunyai hak autonomi dalam pengurusan kerakyatan SAHAJA. Sila rujuk Perlembagaan Negara; nampak sangat kamu cuba menggubal perlembagaan baru yang rakyat tidak tahu. Pengurusan di sini dibawah kerajaan negeri, jadi Dr Mahathir hanya meluluskan sahaja. Ini bukan projek beliau.

Seseorang mampu jadi penduduk tetap Sabah atau Sarawak dengan adanya dokumen Penduduk Tetap yang boleh diambil daripada Jabatan Imigresen Negeri tersebut. Dan Penduduk Tetap akan mendapat MyKad mereka bersamaan dengan tanda H untuk rakyat Sabah dan K untuk rakyat Sarawak. Selama pihak pembangkang berkokok, tidak pernah mereka membuktikan sekalipun bahawa rakyat ini diberi hak mengundi. Kenapa rejim pembangkang hanya menyentuh Sabah dan tidak menyentuh Sarawak?

Mudah sahaja: sila lihat penganut agama mana yang kini majoriti dan kaitkan dengan isu Injil dalam bahasa Melayu. Anda akan fahamlah. Manakala di Sabah, agama majoriti merupakan agama Islam (65%). Jadi, adakah salah Dr Mahathir kerana meluluskan permintaan berdasarkan perlembagaan negara – hak negeri Sabah? Sedangkan pada ketika itu, Anwar Ibrahim sudah ada dalam kabinet. Kenapa diam? Dah tahu boleh menang waktu tu.

Lagipun, isu MyKad ini sudah berlangsung lamanya. Ada sumber yang mengatakan pada tahun 1986 lagi. Tetapi, tahun 2013 baru nak mula keganasan di Lahad Datu? Aduhai, janganlah hina Malaysia sampai tahap sebegitu. Proses imigresen tidaklah terlalu teruk sampai memakan masa sampai seorang budak 12 tahun akan mendapat kad pengenalannya semasa dia berusia 39 tahun.

Kemudian Tian Chua dengan beraninya berkata insiden di Lahad Datu merupakan satu sandiwara. Dia berkata dia sudah pergi ke Sabah semasa pergolakan, dan cuba mengalih fakta daripada kejadian Lahad Datu dengan ketibaan Najib Razak semasa gencatan senjata. Laporan rasmi telah menyatakan wira-wira yang terkorban itu memang sah terkorban. Jadi, saya cabar Tian Chua supaya cari anggota-anggota VAT69 yang gugur syahid itu dan dapatkan gambar-gambar mereka secara siaran langsung.

Dan untuk pengetahuan kamu semua, Tian Chua telah ditahan pihak dan sudah berdepan dengan undang-undang Akta Hasutan pada pukul 9 pagi tadi. Jadi, saya akan biarkan hal ini diselesaikan oleh pihak berkuasa sebelum memberi apa-apa komen. – N.A

No comments:

Post a Comment