BOLEH PERCAYA KE??????
BERITA NUSANTARA
SULTAN SULU: SAYA SULTAN TERMISKIN DI DUNIA
March 7, 2013
Istana Kiram hanyalah rumah dua tingkat di kota Manila, Filipina.
MANILA: Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengakui beliau adalah sultan paling miskin di dunia.
Istana Kiram hanyalah rumah dua tingkat di kota Manila, Filipina.
Lahir di Sulu pada 1938, Kiram merupakan seorang pemimpin yang cukup
disayangi dan penggemar sukan tenis. Tanpa disadari, Sultan Sulu itu
pernah bekerja sebagai juruhebah radio.
Beliau mencalonkan dirinya sebagai seorang senator pada 2007 dengan sokongan mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.
Namun beliau kalah dan kerana itu hartanya pun habis kerana kempen pilihan raya tersebut.
“Saya adalah sultan termiskin di dunia ini,” ujar sultan berusia 74 tahun itu, seperti dilapor Associated Press hari ini.
Anak perempuannya, Jaycel menceritakan bagaimana kisah masa kecilnya.
Jaycel sendiri mengaku terkejut ketika mendengar khabar bahawa dirinya adalah seorang puteri raja.
“Ketika saya masih kecil, saya kira nama ‘Puteri’ adalah nama depan
saya. Seorang puteri (raja) umumnya mengenakan mahkota, memiliki istana
dan kereta kuda,” ujar Jaycel yang berusia 35 tahun.
Derita buah pinggang dan jantung
Salah satu hal yang menunjukan kejayaan Kiram hanyalah gelaran sultan
yang ada di depan nama panjangnya. Selain itu, Kiram tidak memiliki
apapun, selain pengikutnya yang sedang menduduki Sabah.
Kesihatan
Kiram juga mula memburuk, menderita buah pinggang dan penyakit
jantung. Kiram pun sulit untuk bercakap. Biaya rawatan sultan itu
ternyata cukup mahal, keluarga Kiram dikhabarkan lupa membayar sewa
rumah.
Di masa muda, Kiram mengaku sering berkunjung ke Sabah.
Ketika berada di wilayah itu, Kiram merasa seperti berada di kampung
halamannya sendiri.
Sabah dan Sulu dipisahkan oleh sebuah selat di
Laut Sulu. Perjalanan dari Sabah ke Sulu juga hanya memakan waktu 30
minit dengan menggunakan kapal. Dua wilayah itu memiliki banyak
kesamaan, warga-warga dari Sulu mahupun Sabah juga saling mengunjungi.
Kesultanan Sulu ingin melihat kerajaan Filipina menuntut kembali
wilayah Sabah. Menurut Kiram, tuntutan itu penting kerana banyak
pengikut Kesultanan Sulu yang diburu oleh polis Malaysia di Sabah.
Kiram cukup khuatir akan tindak balas para pengikutnya.*
* Dari FMT News - Free and Indefenden
No comments:
Post a Comment