Sunday 10 March 2013

MEMANG HARUS PUN Surirumah Selangor Tolak Kerajaan Pakatan

 

PETALING JAYA 10 Mac - Surirumah di Selangor rata-rata menolak kerajaan negeri sekarang ini kerana dilihat gagal melaksanakan janji yang telah mereka taburkan ketika pilihan raya umum lalu.
 
Surirumah di beberapa daerah negeri Selangor, meluahkan rasa kecewa dan marah kepada kerajaan negeri ketika ditemui pada perhimpunan aman yang diadakan bagi menuntut janji Pakatan Rakyat (PR) kepada surirumah.
 
Ahli Jawatankuasa Penyatuan Surirumah Selangor, Munaliza Hamzah berkata,beliau berasa tertipu dan sakit hati dengan tindakan kerajaan negeri kerana tidak menunaikan manifesto yang telah dilemparkan kepada rakyat Selangor khususnya golongan wanita.
 
"Sejak 2008 mereka taburkan janji kepada rakyat. Tetapi jelas semua itu hanyalah untu mendapatkan kuasa. Mereka sanggup menipu rakyat semata-mata demi kuasa.
 
"Berhentilah berjanji, kerana rakyat sekarangsemakin cerdik. Mereka (rakyat) semakin bijak menilai," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman yang disertai oleh para surirumah bagi menuntut hak mereka di Taman Medan di sini Jumaat lalu.[ARTIKEL DI SINI]
 
Sementara itu, ibu kepada enam orang anak, Sara Ahmad berkata, sebagai surirumah, mereka berhak menuntut hak mereka tambahan kepada surirumah yang tidak bekerja dan memerlukan bantuan.
 
 
"Kami perlukan perubahan.Kami nak kerajaan yang baru, kami tak perlukan kerajaan negeri sekarang kerana menipu rakyat," katanya.
 
Nobiah Ahmad yang mempunyai sembilan orang anak,meluahkan rasa sedih kerana kerajaan tidak menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat.
 
 
 
Dalam pada itu, ibu kepada lima orang anak, Jamilah Abd Hamid berkata, rakyat Selangor perlukan kerajaan negeri yang dulu (Barisan Nasional).
 
"Kalau boleh,nak 'hapuskan' terus. Kami perlukan kerajaan dulu..kerajaan sekarang banyak menipu," katanya.
 
 
Perhimpunan yang diadakan itu merupakan siri kedua selepas diadakan di kawasan Selayang bagi menuntut manifesto PR kepada surirumah sepenuh masa yang menjaga anak.
 
Pada manifesto pilihan raya umum lalu telah terkandung bahawa suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak akan menerima elaun daripada kerajaan negeri.
 
Pada perhimpunan tersebut ,para surirumah yang berhimpun turut bertindak membakar sebagai simbolik memprotes manifesto PR yang dilihat tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat tetapi hanya menyusahkan. [VIDEO DI SINI]

No comments:

Post a Comment