Siapa kata pengganas yang menceroboh Lahad Datu yang sudah hampir sebulan lamanya berniat baik dalam misi mereka. Siapa saja yang bersekongkol dengan mereka memang mempunyai hati yang sangat busuk kerana ingin menghancurkan negara.
Lebih menyedihkan lagi perangai pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu mereka ini seolah-olah seperti hilang pedoman. Perangai serupa Israel Yahudi yang mahu melihat kemusnahan umat Islam. Mereka ini umat Islam kesemuanya tapi pegangan agama mereka jauh sesat. Apa dosa orang kampung dipergunakan dan diseksa seperti binatang? Baca lagi di bawah kupasan KISAH BENAR yang dipetik dari mynewshub :
Mahmood Mallang merupakan seorang yang sangat dihormati oleh penduduk Kampung Tanjung Labian, di sini.
Berasal dari keturunan Sulu, beliau yang dilahirkan di Pulau Sibutu, Filipina mula berhijrah ke sini sejak berusia 18 tahun lagi. Beliau yang berusia 72 tahun kini pemegang kerakyatan Malaysia dan telah dilantik menjadi ketua kampung di situ sejak beberapa tahun lalu.
Sewaktu hari pertama ketibaan pengganas militan Sulu tiba di kampungnya, Mahmood berada di bandar Lahad Datu.
Beliau hanya menyedari berlaku peristiwa pencerobohan ini setelah dimaklumkan melalui telefon bimbit oleh anaknya, yang sebelum itu berjaya melarikan diri setelah dipukul dan dijadikan tebusan oleh puak pengganas Sulu yang mengepung kampung mereka.
” Mereka tahan anak saya, bahkan rumah saya pun mereka bakar namun saya nekad tidak mahu bersubahat dengan puak pengganas ini, saya enggan tunduk walau apa cara sekali pun,” tegasnya ketika ditemui Mynewshub.my di sini hari ini.
Menurut Mahmood, beliau sedar ramai penduduk di kampungnya berasal dari Filipina dan tinggal tanpa izin sejak sekian lama. Namun, katanya, mereka ini jarang menimbulkan masalah malah ramai yang sudah berkahwin dan beranak pinak di kampung tersebut.
Katanya, ini disebabkan tanah asal kelahiran mereka di Filipina sangat mundur hingga susah untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.
Sebab itu, katanya, beliau hairan bagaimana puak yang mendakwa berasal dari Kesultanan Sulu ini sanggup bertindak kejam dan di luar batasan hingga menyusahkan mereka yang telah lama bermaustatin di sini khususnya dan di Sabah amnya.
” Yang pasti, saya diberitahu ada pihak di sana mendakwa mereka telah ditipu dan dimomok-momokkan kononnya negeri ini telah dikuasai oleh geng Sultan Kiram ini, mereka juga telah dijanjikan dengan pekerjaan namun bila sampai ke sini, lain pula jadinya.
” Saya diberitahu ramai yang terkejut apabila tiba-tiba diminta mengangkat senjata sedangkan niat mereka datang ke sini hanyalah untuk mencari rezeki, bukan untuk berperang,” katanya.
Menurut Mahmood, beliau percaya ada dalang dan tali barut yang memainkan peranan di sebalik semua yang berlaku. Katanya, walaupun beliau sendiri orang Sulu dan berasal dari Filipina namun ini bukan bermakna beliau perlu tunduk dan akur dengan kemahuan puak pengganas berkenaan.
” Sebenarnya ‘jeneral’ Musa itu sendiri adalah sepupu kepada isteri saya namun itu bukan alasan untuk saya bersubahat dengan mereka dalam hal ini.
” Kami sudah berjanji untuk menumpahkan taat setia kami pada Malaysia, mereka (pengganas) tidak boleh paksa untuk kami bersama mereka dalam perjuangan yang sia-sia ini,” katanya -
Sumber ~ Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment