Saturday 9 March 2013

DENGAR SINI WAHAI PUAK PENCHAHAI....

Pembangkang di AS pun tak politikkan keselamatan - PM




MELAKA 9 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara Amerika Syarikat (AS) walaupun 


mempunyai parti pembangkang namun mereka tidak sama sekali mempersoalkan atau 


mempolitikkan soal keselamatan negara.


Perdana Menteri berkata, berlainan dengan Malaysia apabila parti-parti pembangkang 


mempolitikkan usaha pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan di 

Sabah daripada ancaman penceroboh.



"Pakatan pembangkang sanggup mempolitikkan pencerobohan puak bersenjata daripada 



Filipina dengan menuduh insiden di Sabah adalah sandiwara UMNO.


"Di AS walaupun ada perbezaan ideologi politik Demokrat dan Republikan tetapi mereka tak 


eksploitasi isu-isu keselamatan," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment