Wednesday, 6 March 2013

ALHAMDULILLAH. NASIB * KELUARGA PERWIRA LAHAD DATU TERBELA...

Anggota terkorban terima RM100,000

KOTA KINABALU 6 Mac - Kerajaan negeri akan menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sumbangan juga akan diberikan kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu selain mempertimbangkan pemberian bantuan lain kepada balu dan anak-anak mangsa.

Menurut beliau, sumbangan itu merupakan salah satu cara kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah menghargai serta menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.
"Pengorbanan mereka terhadap negara cukup besar maknanya dan tidak dapat dinilai dengan apa-apa sekali pun," katanya ketika mengumumkan sumbangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment