Wakil rakyat DAP tidak berprestasi lobi kerusi baharu
KUALA LUMPUR 1 Mac - Dua wakil rakyat dari DAP di Selangor yang tidak
menunjukkan prestasi yang baik dikatakan sedang melobi untuk
mendapatkan kerusi baharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurut blog DAP Insider (www.dapinsider.com), dua wakil rakyat
terbabait ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee
Ying Ha dan Ahli Parlimen Sedang, Teo Nie Ching
Blog itu berkata, kedua-dua wakil rakyat terbabit menduduki tangga
tercorot dari segi prestasi berdasarkan kaji selidik "Kedudukan ADUN DAP
sedia ada di Selangor" yang dianjurkan blog itu, Oktober tahun lalu.
Jenice yang menduduki tangga terakhir daripada 12 ADUN DAP di negeri
ini, didakwa sedang melobi untuk bertanding di Sekinchan yang kini
disandang oleh Ng Suee Lin dan juga Parlimen Serdang.
"Nie Ching pula menghadapi dakwaan rasuah serta pernah menimbulkan
rasa tidak senang dalam kalangan umat Islam kerana berkempen di dalam
masjid," kata blog itu.
Laporan mengenai kaji selidik kedudukan ADUN DAP boleh dilihat di DAP Insider. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment