Sunday 24 March 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS BUAT SEMUA ANGGOTA POLIS....


Hari ini adalah sambutan Hari Polis yang ke 200 tahun. Sedar tak sedar dah 200 tahun rupanya polis diwujudkan dinegara kita. Rasanya terlalu banyak jasa Polis kepada kita semua. Majlis Sambutan Hari Polis pada hari ini dirasmikan oleh Perdana Menteri kita iaitu YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.


Bagi balu-balu perwira yang terkorban di Lahad Datu, sudah tentu mereka akan merasa kelainan pada tahun ini kerana mereka baru sahaja kehilangan orang yang tersayang. Begitu juga bagi keluarga Perwira yang masih bujang. Sudah tentu mereka merasakan sambutan Hari Polis tahun ini seperti tidak lengkap. Apapun, mereka telah menerima penghargaan di atas jasa dan pengorbanan orang yang tersayang.


Ini adalah antara Balu-Balu dan pewaris perwira yang hadir. Kalau kita tengok gambar mereka, masih terpancar kesedihan diwajah mereka. Ye la. Mereka kehilangan suami tercinta dalam sekelip mata. Kalau Minah ditempat mereka, Minah pun sedih. Tapi, walau bagaimana pun, PDRM telah memberi penghargaan sebagai mengenang jasa Perwira-Perwira ini dengan kenaikan pangkat dan disampaikan kepada balu dan waris kepada perwira-perwira ini. 


Balu Allahyarham Sarjan Abdul Azis Bin Sarikon, Puan Siti Bandorah Mahalil menerima pemakaian pangkat secara Medan Posthumous. Allahyarham Sarjan Abdul Azis bin Sarikon dinaikkan ke pangkat Sarjan Mejar (SM)


Balu Mendiang Asisten Superitendan Michael Padel, Puan Jabah Anak Mingku menerima pemakaian pangkat secara Medan Posthumous. Mendiang Micheal Padel dinaikkan ke pangkat Deputi Superitendan (DSP)


Balu Allahyarham Sarjan Baharin Bin Hamit, Puan Sumiati Binti Suarah menerima pemakaian pangkat secara Medan Posthumous.  Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit dinaikkan ke pangkat Sarjan Mejar (SM)


Balu Allahyarham Koperal Sokongan Salam Bin Togiran, Puan Marunah Binti Utan menerima pemakaian pangkat secara Medan Posthumous. Allahyarham Koperal Sokongan Salam bin Togiran dinaikkan ke pangkat Sarjan.


Balu Allahyarham Koperal Sabaruddin Bin Daud, Puan Nurunnisa Bin Daud menerima pemakaian pangkat secara Medan Posthumous. Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud dinaikkan ke pangkat Sarjan.


Bapa Allahyarham Koperal Mohd Azrul Bin Tukiran, Encik Tukiran Bin Ahamad menerima pemakaian pangkat secara Medan Posthumous. Allahyarham Koperal Mohd Azrul Bin Tukitan dinaikkan ke pangkat Sarjan.


Balu Allahyarham Superitendan Ibrahim Bin Lebar, Puan Rosiah Binti Dahlan menerima pemakaian pangkat secara Medan Posthumous. Allahyarham Superitendan Ibrahim bin Lebar dinaikkan ke pangkat Assistant Commisioner (ACP)


Pemakaian pangkat secara Medan Posthumous kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat yang disampaikan kepada balu Allahyarham iaitu Puan Noor Aziah bt Noor. Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat dinaikkan pangkat ke Asisten Superitendan ASP)

Kepada balu dan pewaris perwira Lahad Datu, Minah doakan semoga kalian tabah dalam meneruskan kehidupan disamping membesarkan anak-anak. Kepada anak-anak perwira, semoga kalian menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Kepada Perwira yang telah menemui pencipta, Semoga Roh kalian damai di sana. Amin...

No comments:

Post a Comment