22 mayat dibawa keluar
LAHAD DATU 11 Mac - Tanda tanya mengenai identiti
seorang pengganas Sulu berpangkat jeneral yang terbunuh dalam
pertempuran di Kampung Tanjung Batu, baru-baru ini terjawab apabila
dikenal pasti sebagai Komander Musa iaitu ketua operasi ketenteraan
pasukan pengganas itu.
Mayat Musa yang merupakan orang kanan Azzumudie Kiram bersama 17 lagi
mayat pengganas Sulu dikeluarkan pasukan keselamatan dari kampung itu
semalam sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu.
Empat lagi mayat yang ditembak mati di Kampung Sri Jaya Simunul,
Semporna ditempatkan di Hospital Tawau menjadikan jumlah semua mayat
yang dibawa keluar semalam 22 orang.
Bagaimanapun sehingga kini, belum dapat disahkan mengenai nasib
Azzumudie yang mengetuai pencerobohan itu sejak 12 Februari lalu.
No comments:
Post a Comment