Monday, 11 March 2013

ALHAMDULILLAH....

Keluarga Allahyarham Mohd Azrul jadi keluarga angkat Persatuan Jaksa Pendamai Selangor




KLANG 12 Mac - Keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terbunuh dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna, Sabah, pada 2 Mac lepas, dijadikan keluarga angkat Persatuan Jaksa Pendamai Selangor.

Presidennya Datuk Mokhtar Dahlan berkata sebagai keluarga angkat, pihaknya akan menziarahi keluarga Allahyarham secara berjadual.

Beliau mengumumkan demikian selepas majlis tahlil untuk Allahyarham di kediaman keluarganya di Kampung Rantau Rantau, di sini, malam tadi, Mohd Azrul, 27, dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Sabah, adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap anggota kumpulan bersenjata di perkampungan air itu.

Allahyarham merupakan anak keenam dari tujuh beradik dan bapanya Tukiran Ahmad, 65, merupakan seorang bekas askar.



1 comment: