Sunday 24 March 2013

UDAH - UDAH LA POK NIK OOIIIIII!!!!!!!

"Saya akan bertanding walaupun terpaksa berkerusi roda" - Nik Aziz


KOTA BHARU 24 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebaliknya akan terus bertanding sampai bila-bila walaupun jika terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran keadaan kesihatannya yang uzur.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi PRU-13, Pas pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.

"Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding. Walaupun saya berkerusi roda saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.

"Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini. - UTUSAN

** UDAH UDAH LA POK NIK OOIII.... PATUTNYA POK NIK DAH DUDUK RUMAH. BANYAKKAN AMAL IBADAT. BUKAN BERPOLITIK LAGI. MAKIN LAMA POK NIK DALAM POLITIK, MAKIN HURU-HARA JADINYA. UDAH UDAH LA POK NIK.....

No comments:

Post a Comment