Semalam, dua jenazah perwira yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu iaitu Supritendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran telah selamat diterbangkan ke TUDM Subang. Jenazah mereka disambut dengan suasana yang sedih dan pilu oleh keluarga dan Sahabat handai. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan
Sri Norainee Abdul Rahman; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad serta Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Ketua Wanita UMNO, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada perwira-perwira ini.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Sultanah Johor, Raja Zarith
Sofia dan anakanda Sultan Johor, Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil turut
berkenan hadir memberi penghormatan. Minah difahamkan bahawa kedua-dua perwira ini adalah pernah berbakti kepada keluarga Sultan Johor dan salah seorang perwira ini adalah sahabat baginda Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil semasa menjalani latihan Polis UTK di Ulu Kinta. Jadi, tak hairanlah bila baginda tidak dapat menahan perasaan sedih bila sahabatnya turut terkorban dalam serangan di Lahad Datu.
Semasa Minah search FB Polis Diraja Malaysia, Minah tertarik dengan satu komen yang diberi oleh seorang individu. Minah rasa ada kebenarannya. Inilah komennya.....
Minah pun setuju dengan komen di atas. Semuanya demi menjaga keamanan negara Malaysia. Minah juga sedih bila ada pihak yang cuba nak politikkan hal ini dan ada juga yang mengatakan bahawa semua ini adalah lakonan semata-mata. Bagi Minah, sepatutnya perkara ini tidak perlu dipolitikkan dan kepada individu yang mengatakan semua ini adalah lakonan, sepatutnya anda guna otak untuk berfikir dengan waras. Kalau ahli keluarga anda yang terkorban dan ada yang mengeluarkan kata-kata sinis sebegitu, apakah perasaan anda?
Harapan Minah, semoga serangan ini akan berakhir dengan segera dan penceroboh dan individu yang telah menyebabkan serangan ini berlaku akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah s.w.t. Kepada ahli keluarga perwira-perwira yang gugur, semoga anda akan tabah dalam meneruskan kehidupan...
No comments:
Post a Comment