Disemadi sebelah pusara Kanang Anak Langkau
KUCHING 6 Mac - Mendiang Deputi Supritendan
Michael Padel, pegawai polis yang terbunuh dalam serangan hendap di
Semporna, Sabah Sabtu lalu selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Jalan
Taman Budaya di sini hari ini.
Michael, 36, dikebumikan pada pukul 11 pagi dan menerima penghormatan
tertinggi daripada kerajaan negeri apabila pusaranya ditempatkan
bersebelahan wira negara, mendiang Pegawai Waran 1 (B) Datuk Temenggong
Kanang Anak Langkau.
Pengiktirafan itu juga menjadikan mendiang anggota polis pertama
disemadikan di makam bersejarah tersebut yang turut menempatkan 21
'Bujang Berani' iaitu anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang
terkorban ketika serangan komunis di Semenanjung Malaysia.
Selain keluarga dan saudara-mara, upacara pengebumian disaksikan
kira-kira 1,000 hadirin terdiri daripada orang awam, anggota polis serta
pegawai kerajaan yang berhimpun di pekarangan Makam Pahlawan seawal
pukul 10 pagi.
untuk melihat video istiadat penguburan, klik http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Upacara_Penuh_Istiadat_Untuk_Mendiang_Michael.html
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang juga hadir memberi penghormatan terakhir mewakili kerajaan negeri manakala Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Negeri, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong mewakili masyarakat Bidayuh Sarawak.
Hadir sama, Panglima 3 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Redzuan Baharuddin, Pengarah Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene dan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Sementara itu, Khalid ketika ditemui pemberita berkata, beliau menghargai usaha kerajaan Negeri Sarawak kerana memberi penghormatan dan pengiktirafan sewajarnya kepada mendiang. "Penghargaan ini adalah yang tertinggi yang pahlawan kami terima dari kerajaan Negeri Sarawak,: katanya.
Sementara itu, Jabah meminta Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan para pengikut parti itu supaya berhenti menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan kedaualatan negara.
Jabah melahirkan rasa kecewa melihat gelagat para penyokong pembangkang termasuk pemimpinnya yang sentiasa memperlekehkan pasukan keselamatan."Melihat sikap pembangkang, saya terpaksa menahan perasaan marah yang membuak-buak. Kepada Satin Seri Wan Azizah, sebagai isteri dan ibu, anda sepatutnya faham keperitan saya yang baru sahaja kehilangan tonggak keluarga. Jadi sila tampil ke depan dan beritahu suami anda tidak kena mengena dengan pencerobohan ini kerana saya sudah mula menyimpan rasa marah terhadapnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment